- twenty four

26 4 0
                                    

"Dah, sayang. Berhentilah menangis. Tu semua ujian dan Mi kena terima benda tu dengan hati yang terbuka." Halmeoni menepuk-nepuk belakang badan aku yang sedang memeluknya.

"Tapi, Mi tak nak sayangkan dia. Tak nak, Halmeoni. Tak nak! Shireoyo! Keu saram neomu miwoyo!" aku memprotes dalam pelukan halmeoni.

Dengan perlahan, halmeoni menolak badan aku menjauhinya. Dia memandang mata aku dengan dalam dan akhirnya dia tersenyum.

"Apa boleh buat. Puteri kesayangan Halmeoni ni memang dah jatuh cinta."

Aku menepuk lembut peha Halmeoni menyebabkannya ketawa. "Aniyo."

"Hahaha agaknya siapa putera raja tu ya?" Halmeoni terus mengusik aku.

Aku mengepal tangan. "Halmeoni!"

• • • • • • •

Changgyu menepuk bahu aku.

"Jom makan nak?" soalnya.

Aku menjelingnya sekilas dan menggeleng. "Kau go on je lah."

Changgyu mengeluh. "Tapi--"

"Tak apa. Nanti aku lapar, aku makan."

Dan seketika kemudian, derapan langkah Changgyu hilang dari pendengaran aku.

Sebuah kotak berwarna oren ditarik dari ruangan bawah katil. Penutupnya di angkat dan diletakkan sebelah kanan. 3 buat set gambar poloroid aku tarik keluar dari kotak yang agak lusuh itu. Satu persatu kepingan gambar diteliti dengan rasa yang amat bersalah. Aku tak sepatutnya lakukan semua ni.

Mula-mula set pertama, set kedua dan set ketiga.

Sung Nayeon, Choi Sookyung dan siapa ya? Oh tak lupa juga dengan Kim Taehee.

Fikiran aku melayang memikirkan Haemi. Bagaimana jika dia akan jadi macam mereka? Macam mana kalau aku tak dapat kawal diri aku? Macam mana kalau aku lukakan dia? Aku tak sanggup dan aku tak mahu lukakannya. Kerana aku sedar, aku sayangkan dia.

Haemi, aku sayangkan kau.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now