- seven

42 5 0
                                    

[I.M P.O.V]

"I.M. Sini, makan ubat." aku menggulingkan mata dan mendengus geram. Ubat ubat ubat. Tak habis-habis ubat.

"Malas." aku sambung membaca novel.

"Changkyun."

Fuck.

"Siapa Changkyun?" soal aku tanpa memandangnya.

Dia mengeluh. "Makanlah ubat. Hyung dah bawakan air ni." pujuknya.

Aku menggaru kepala aku dengan kasar. "Kau siapa nak paksa aku makan ubat?!"

Dia terdiam. "Kau ni kenapa?"

Aku menghentak meja lampu. "Kau itu yang kenapa! Ada masalah sendiri tapi sibuk tentang hal kehidupan orang lain. Sedarlah sikit diri kau itu, Changgyu. Kau bukan siapa-siapa pun."

Dia tercengang sambil memandang aku. "Aku siapa? Dan kau tanya aku kenapa? Selepas 16 tahun aku besarkan kau, kau boleh tanya aku siapa? Aku siapa? Im Changkyun. Aku siapa? Hahaha entahlah. Aku pun tak tau aku siapa. Aku pun tak tau yang aku ni Im Changgyu ke? Aku ni.... abang kau ke? Kan? Aku ni siapa?" dia tersenyum memandang aku yang tetap abaikan dia.

"Suka hati kaulah, Kyun." dia terus berlalu ke biliknya. Pintu dihempas kuat.

Aku mengeluh dan menggeleng. "Overeact."

• • • • • • •

[HAEMI P.O.V]

"Haemi yang cantik, yang baik, yang rajin, yang--"

"Kau nak apa ini?" aku menjeling Minhyuk di sebelah.

"Pinjam buku latihan sains. Please." Minhyuk menekapkan kedua tapak tangannya dan diletakkan di hadapan mukanya. Berusaha merayu untuk menyiapkan kerja sains kerana takut dilibas oleh cikgu singa nanti. Dia peduli apa? Asalkan dirinya tidak dilibas, lagipun ini hanya Haemi bukan orang lain pun.

Aku menjelingnya lagi. "Tak boleh."

Minhyuk terus menarik muka masam. Seketika kemudian, dia melakar riak jahat. "Tak nak bagi pinjam eh? Tak pe tak pe. Hyungwon! Haemi suka--"

Aku terus menekup mulut Minhyuk laju. "Yah!"

"Pinjam buku." tangannya dihulurkan. Aku mengeluh dan menarik buku latihan sains dari dalam laci meja. "Main jauh-jauh."

"Gumawo. Muahhh!" Minhyuk mencium tapak tangannya dan meniup ke arah aku. Aku terus membuat muka hodoh, terasa kembang pula tekak aku. Dia berdecit dan terus berlalu ke mejanya untuk menyiapkan kerja sains.

Aku duduk semula di kerusi dan mengeluh. Aku melirik ke tempat duduk Hyungwon yang masih kosong. Tak pernah lagi Hyungwon datang lambat macam ni. Aku menongkat dagu, risau dengan Hyungwon.

"Morning I.M!"

Aku terus mendongak ke hadapan apabila terdengar Jooheon menyapa I.M. I.M tersenyum manis ke arah Jooheon dan memandang ke arah aku.

Eh mengapa dia berjalan ke arah aku ini? Mengapa dia letak beg dekat meja Hyungwon? Mengapa dia duduk di tempat Hyungwon? Mengapa tempat Hyungwon di sebelah aku? Mengapa air liur aku hampir meleleh? Mengapa dia handsome hari ni? Eh eh eh eh ? Hehehehehehe.

"Morning Haemi."

"M-morning." aku terdiam sekejap. "Kenapa awak d-duduk sini? Nanti Hyungwon nak duduk man--"

"Dia tak datang hari ini."

"H-huh?" dahi aku mula berkerut.

"Macam mana awak tah--"

"Shownu."

"Ouh okay." aku tersenyum kelat.

"So hari ini, aku duduk di sini, ya?"

Okay, i'm done.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now