- forty six

12 3 0
                                    


[CHANGGYU P.O.V]

"Changgyu, aku ada hal yang perlu dibincangkan."

Aku yang sedang leka meneliti beberapa fail laporan di atas meja kaca di ruang tamu memandang Changkyun yang kekal berdiri tegak memerhati aku. Melihatkan sahaja ekspresi wajahnya yang serius membuatkan jantung aku berdetak laju, justeru itu, duduk aku jadinya tidak senang.

"O-okay. Apa dia?"

Pandangannya pada aku kelihatan dingin lalu dalam tempoh yang lama. "Ikut aku." katanya lalu terus bergerak mendaki tangga untuk menuju ke tingkat atas.

Aku jadinya tergamam dan terdiam seketika sebelum kembali ditampar realiti. Kertas-kertas kerja yang berselerak aku susun sekadar untuk kelihatan sedikit kemas lalu aku tindihkan dengan fail kelabu untuk mengelakkannya terbang ditiup kipas siling yang ligat berputar sebelum turut mengikuti langkah Changkyun.

God.

Aku jadinya cuak bila terlihatkan Changkyun yang berdiri kaku di hadapan pintu sebuah bilik stor di rumah ini dan pintunya telahpun dibuka. Jadinya, Changkyun sudah terlebih dahulu meneroka isi di dalam bilik ini.

Pintu bilik stor itu dibuka seluasnya apabila ada angin yang cuba menutup rapat pintu itu dari dalam bilik. Changkyun beranjak ke tepi pintu seolah-olah memberikan ruang buat aku yang berada di belakangnya untuk masuk ke dalam bilik ini.

"Masuk, Gyu."

Aku memandangnya dengan kelat lalu menggeleng perlahan.

Hujung bibirnya terjongket sambil matanya menatap aku dengan penuh sinis. "Rahsia apa yang kau sembunyikan dari aku sampai kau sendiri takut untuk melihatnya semula? Masuk."

Dengan langkah yang berat, aku masuk ke dalam bilik itu dengan retina yang tidak henti meneliti setiap inci bilik ini. Semuanya sudah berubah kedudukannya dan ia kemas seperti dikemas seseorang. Barang-barangnya juga sudah tidak berhabuk malah bingkai-bingkai gambar di dalam bilik itu terlihat berkilat dan bersih sahaja walaupun aku sedar yang bilik stor sudah tidak dibuka lebih 2 tahun.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku lalu menambahkan lagi denyutan nadi dan degupan jantung aku yang mengempam laju akibat perasaan gelisah yang hadir. Dua buah kotak yang dilabel "album gambar" sudah ditonggengkan dan album-album gambar yang terisi di dalamnya berterabur. Ada beberapa juga album itu dibiarkan terbuka dan lebih dari 20 keping gambar ekspress di keluarkan dari tempatnya.

Changkyun masuk mendahului aku lalu duduk berteliku di hadapan dua buah kotak tadi sambil menyambung membelek album-album gambar di situ. Aku terlihat sudut bibirnya mengendur lalu dia tersenyum pahit.

"Dalam tempoh sebulan ini, ada satu persoalan yang menghantui aku. Ada satu kenangan yang aku tak mampu ingat dan aku rasa tak berguna sebab lupakannya. Aku jadi buntu. Aku jadi fed up hanya untuk ingat memori yang aku tak mampu ingat. Tapi semalam. Semalam hari kebenaran. Hari jawapan pada setiap persoalan yang aku selalu tertanya-tanya. Aku dah jumpa penyelesaian untuk kebuntuan aku. Kenapa Changgyu? Kenapa kau buat aku macam ini?"

Aku memandang Changkyun yang duduk memeluk lutut di lantai jubin yang semakin menyejuk. Nafasnya menjadi berat lalu dia menghelanya sambil mendengus yang ditekan sebelum air matanya jatuh menitik di atas gambarnya bersama Haemi di atas lantai.

"Maaf. A-aku cuma tak nak hilang kau lagi." jawab aku sambil memandangnya dengan pandangan bersungguh-sungguh. Aku mendekati Changkyun yang semakin mengecilkan dirinya lalu melutut di hadapannya. Dia terdiam memandang aku sebelum tergelak sinis.

"Kau tahu tak, dengan tindakan seperti inilah yang akan buatkan kau betul-betul kehilangan aku." matanya yang memerah menahan tangis memandang aku dengan tajam. Menikam diri aku seolah-olah terdapat 1001 dendam yang tertanam lama buat aku. Seolah-olah dia kecewa mempunyai abang yang paling tidak berguna.

Namun, demi menegakkan ego dan pegangan aku, aku akan teruskan menjadi abang yang jahat di matanya.

"Kau tak faham. Bila kau dengan perempuan tak guna itu, kau akan sakit. Kau sedar tak yang emosi kau terganggu disebabkan dia."

Bunyi ketapan giginya kuat lalu dia menjeling aku sekilas sambil bersuara keras. "Jangan panggil Haemi aku perempuan tak guna. Jangan tuduh dia macam-macam."

Aku tak tahu mengapa tetapi, tiba-tiba sahaja amarah aku naik ke ubun-ubun. Tangan aku dikepal sambil aku memejam mata menahan amarah. "Dia pengaruh buruk kau! Kau tahu tak, sial?!"

Changkyun pantas menjawab. "Tak. Aku tak tahu. Bukan kau sendiri ke yang cakap aku dah sembuh sepenuhnya? Peranan kau sebagai abang sepatutnya bantu kembalikan ingatan aku bukan padamkannya. Kau tak tahu betapa pentingnya dia dalam hidup aku! Abang jenis apa kau ini? Abang tak guna?!"

Kan aku sudah cakap.

Bibir aku terketar saat kebenaran kata-kata Changkyun menusuk kalbu aku. "T-tak. Tolong faham aku. Ini semua untuk kebaikan k--"

"Fuck off, Gyu. Fuck off!"

Dan dia terus berlalu keluar.
*****

Aku cuba berjalan selaju yang kaki aku mampu setelah melihat lelaki pucat itu membelok masuk ke ruangan loker. Oh tolonglah, aku malu untuk berjumpa dengannya.

Mata aku terpandang mesin pembekal air yang terletak di bahagian hujung kawasan loker ini lalu dengan pantas, aku terus bersembunyi di tepi mesin ini. Suaranya membuatkan aku semakin takut jika dia dapat mengesan lokasi aku.

"Hey, kau ada nampak Haemi? Tadi aku nampak dia lalu di sini."

"Oh. Dia dekat tepi mesin pembekal air. Buat apa entah."

Dan kemudian, ada satu bayang-bayang yang melindungi seluruh badan aku yang hadir menyebabkan aku sedar bahawa aku sudah tertangkap.

Terima kasih sebab bocorkan lokasi aku, kawan.

"Penat saya cari awak." dia tersenyum sengih ke arah aku sambil tangannya menongkat di mesin pembekal air yang hampir sama dengan ketinggiannya.

"Awak nak apa ni, Yoongi?"

"Dude! I told you not to call me Yoongi, right? It was damn noob. Suga. Say it. SUUGAA. SUU--"

"Hentikannya, Yoongi." aku menjelingnya tajam sebelum menolak badannya yang berdiri di hadapan aku. "Tepilah. Saya nak pergi kafe."

Saat aku sedang berjalan, terasa seperti ada yang mengekori aku, pantas aku berpaling ke belakang. Wajah lelaki pucat yang sedang tersenyum ini cukup untuk membuatkan aku memecahkan semua loker di sini.

"Kenapa awak ikut saya?"

Dia pandang aku dengan sebelah keningnya yang terjongket ke atas. "Huh?"

"Jangan buat-buat tak tahu. Saya bagi amaran, jangan ikut saya."

Dia tersenyum ke arah aku tanpa rasa mengalah. "Bila masa saya ikut awak pula?"

Aku pandangnya sambil mengguling bebola mata aku dengan penuh sakarstik sekali. "Awak nak pergi mana?"

"Kafe."

"Haa lihat itu. Awak sengaja nak ikut saya kan?" aku menyilangkan tangan aku dengan muka berlagak.

Dia menunduk sedikit lalu tergelak kecil. "Look, honeycomb. Saya memang suka awak and i really did. But accusing me following you around is quiet offensive. Saya memang nak pergi kafe sebab dah janji dengan Taehyung."

Aku terdiam. Malu dengan sikap aku yang agak berlebihan lebih-lebih lagi di hadapan Yoongi. Menambahkan lagi rasa malu aku yang sedia ada terhadapnya. Tahi, mengapa fikiran aku terlalu kolot.

Gelakkan halusnya betul-betul buatkan aku ingin terjun dari tingkat 10 sekarang ini. Demi Tuhan, aku sumpah malu!

Dia menggosok rambut aku lembut. "Saya pergi dulu. Bye sayang. Take care, my honeycomb."

Aku terkesima. My honeycomb? Dan aku mulalah senyum seperti beruk menerima cincin.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now