10

816 118 1
                                    

Aku minum.

Iya, aku minum wain. . .

Jiwon berjaya paksa aku untuk minum benda alah yang dapat menghayalkan itu.

Pada awalnya, tekak aku terasa seperti mahu terbakar kerana kadar alkohol yang tinggi dalam wain ini yang begitu tinggi. Pahit pada lidah dan keseluruhan mulut aku selepas cecair ungu gelap itu masuk ke dalam mulut aku.

Tetapi sekarang tidak lagi.

Aku malahan sukakan rasanya.

Jadi aku minum, minum, dan minum lagi.

Kepala aku rasa ringan sahaja.

Rasa kosong, dan iya benar kata Jiwon;

Lepas kau minum ni babe, kau akan lupakan segala yang jadi pada diri kau. Percayalah, kau akan dengan mudahnya lupakan lelaki tidak guna itu, apa yang dia buat pada kau.”

Betuuuuuuul.

Taaaaak betul.

Ya, tidak betul langsung.

Aku sebaliknya semakin mengingati lelaki itu.

Apa yang dia buat pada aku. . .

Macam mana dia lukakan hati aku. . .

Kenapa dia buat begitu pada aku. . .

Ya, ingat.

Ingat.

Ingat.

Ingat.

Ingat, hmmm..

Apa yang aku ingat ini?

Oh, alkohol ini benar-benar sudah menguasai kewarasan aku. Aku mencuba berdiri, untuk ke tandas selepas melihat teman lelaki Jiwon yang sudah terbaring di atas meja. Aku mahu pergi mencari Jiwan, emm.. Jikon? Siapa?

Um..

Aaaaa... Jiwon, dia cakap dia pergi ke tandas tadi.

Dalam keadaan yang terhoyong-hayang aku bergerak ke bahagian yang menempatkan tandas. Namun dalam keadaan yang mabuk begini susah benar untuk berjalan dan membaca papan tanda dengan betul.

Sekejap, mabuk?

Siapa mabuk?

“Aku sedarlah!” Aku menjerit dengan tiba-tiba. Apabila ada beberapa mata sedang memandang aku pelik, aku tutup mulut dengan tangan. “Heeee... Sorry

Apa kena dengan aku ini?

Aku berjalan lagi sehingga ternampak
signboard led berwarna. . .ungu?

VIP ROOM

TANDAS??

Ini maksud dia tandas, kan?

Aahh tidak kisahlah apa maksudnya sekalipun!

“Jiwon!” Aku panggil dia sambil berjalan melewati beberapa pintu yang bertutup. Emm, aku tidak memiliki keberanian mahu menolak pintu-pintu ini sesuka hati, manatahu ada orang sedang berakkah apa, kan?

Hahahahahahahahahahahahahha. . .

“Jiwo—”

Mulut aku tertutup semula bila terdengar ada suara tangisan daripada salah satu bilik yang terbuka sedikit pintunya.

Alah. . . Kesiannya, anak besar siapa pula menangis ini?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now