58

625 93 2
                                    

Aku membuka mata sedikit demi sedikit apabila aku rasakan ada sesuatu sedang mencucuk-cucuk pipi aku. Menggangu masa tidur aku sahaja, tidak tahukah yang aku sedang berehat sekarang ini. Sebaik sahaja mata aku terbuka, perkara pertama yang aku lihat adalah wajah cemberut Chanyeol, di depan muka aku.

Aku kerutkan kening sambil perhatikan dia yang seperti tidak senang baring. “Awak kenapa? Sakitkah?”

Dia menggelengkan kepala untuk pertanyaan aku itu. Chanyeol mengemam bibirnya, dan memberikan aku pandangan yang seperti meminta belas kasihan. Aku jadi simpati meskipun aku tidak tahu apakah puncanya.

“Habistu, awak nak apa? Ada rasa letih, atau lenguh kat mana-mana? Nak saya tolong urutkan?” Tanya aku lagi dengan penuh prihatin. Mungkinkah terlalu penat kerja di pejabat tadi, sampai rasa lenguh satu badan. Dia balik pun aku tidak perasan, kalau bukan kerana dia bangunkan aku ini.

Aku rasa putus asa untuk bertanya lagi bila Chanyeol tetap menggelengkan kepalanya, sekali lagi. “Jadi, kalau bukan kerana semua itu, sebab apa? Bagitahulah saya, mungkin saya boleh tolong?”

Chanyeol gigit bibirnya sekejap sebelum membuka mulut untuk berbicara. “Betul, kau boleh tolong aku?”

“Mestilah boleh. Cakaplah, apa dia?”

“Aku nak makan, Shin. Aku lapar.”

“Alahai, saya ada buatkan makanan untuk awak tadi, awak tak makankah?”

“Aku tak mahu yang itu, aku nak yang lain. Aku tiada selera tengoknya.”

“Aaaa...” Aku terus bingkas dari pembaringan. “Awak mahu saya masakkan apa? Saya pergi siapkan untuk awak. Hmm?”

“Aku teringin mahu makan samyang perisa pedas campur dengan telur.”

Pulaklah Chanyeol ini. .

Aku masak punya sedap tadi, dia cuma mahukan mee segera?

Apa kena dengan dia?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now