Sejak akhir-akhir ini, aku sering diganggu oleh satu nombor yang tidak dikenali. Nombor itu selalu membuat panggilan masuk ke telefon aku, tetapi tidak dijawab kerana aku juga tidak suka berhubung dengan orang yang asing bagi aku. Dan tidak berpuas hati dengan itu, dia ada juga menghantar pesanan ringkas kepada aku. Tetapi aku tidak tergesa-gesa untuk membalasnya, kerana aku mahu menunggu dia memperkenalkan dirinya dahulu.
Hey, awak isteri Chanyeol kan.
Saya kawan dia.
Awak, Shin Yeong kan?
Dahi aku berkedut seribu setelah membaca isi pesanannya. Bagaimana dia tahu aku adalah isteri Chanyeol? Oh, aku tidak hairan sekiranya dia adalah kawan kepada Chanyeol, cuma aku hairan mengapa perlu Chanyeol memperkenal aku padanya? Siap tahu nama aku lagi. Aku tidak akan mempercayai kata-katanya, sekiranya dia mengatakan bahawa Chanyeol yang memberitahunya.
Kerana aku pasti seratus peratus, yang suami aku itu tidak mungkin akan memberitahu identiti aku pada sesiapa, walaupun hanya pada kawannya.
Jadi dengan tidak teragak-agak aku membalas pesanannya.
Awak siapa?
Bagaimana awak boleh tahu status saya?
Untuk beberapa minit kemudian, aku menunggu manusia itu untuk membalas semula pesanan aku. Agak lama juga, aku tunggu. Sehinggalah ada pesanan mms yang aku terima.
Gambar Chanyeol, dengan seorang wanita.
Apa perasaan awak tengok suami awak dengan perempuan itu?
Oh, pengirim ini sengaja mahu mengapi-apikan hubungan aku dengan Chanyeol.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM