34

709 112 1
                                    

“Shin! Shin Yeong, kan?” Soal dia pada aku, itupun setelah berhempas pulas memikirkan nama aku itu. Sampai berkedut kulit wajahnya akibat terlalu berfikir.

Aku lega, dan gembira. Sekurang-kurangnya dia masih boleh memikirkan nama aku sendiri tanpa perlu aku membagi pembayang. Nasib baik, kalau tidak aku sudah melancarkan mogok suara tadi kalau dia tidak boleh meneka nama aku dengan betul.

“Iya betul, ingat itu nama saya Kim Shin Yeong bukan Kim Na Young. Kalau awak silap lagi, saya tak nak bercakap dengan awak seminggu.”

Eh, sekejap.

Gediknya aku. . .ugh.

Aku kemam bibir beberapa kali. Janggal terasa bila aku bermanja begini. “Urmm.. Lupakan apa yang saya cakap tadi.”

Dia tiba-tiba menggeleng, yang membuat dahi aku berkerut akibat kehairanan. “Kalini kau yang silap,” Katanya yang membuat kening aku terjungkit ke atas. “Nama kau,” Dia talakan jari telunjuk depan muka aku, dekat sampai naik juling mata aku melihat antara hujung jarinya dan mukanya.

“Park Shin Yeong, ingat itu.”

Aku terkedu. Wajahnya selalu serius dan jarang sekali tersenyum jadi amat sukar untuk aku mentafsir airmukanya. Sama ada serius, atau sedang berjenaka. Tapi kalini, dia nampak tenang dan. . .lain.

Dia nampak tulus.

Entah, atau cuma perasaan aku sahaja.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now