98

592 78 0
                                    

Babe, kau yakin pasal ini? Maksud aku, kau yakin kau akan tinggalkan Chansung?” Tanya Jiwon. Meminta kepastian. Tangan aku digenggamnya erat dalam tangannya.

Aku angguk dengan penuh keyakinan. “Iya, rasanya ini adalah yang terbaik. Aku pergi ke sana bukan sahaja untuk pulihkan kesihatan aku, juga untuk pulihkan jiwa dan hati aku. Aku perlukan ketenangan.”

“Tapi kau akan tinggalkan Chansung. Kau tak fikir pasal itu?”

“Aku ibu yang teruk sekiranya aku tak fikirkan pasal anak aku. Mestilah aku fikirkan tentang dia, dia anak aku. Satu-satunya harta yang berharga yang aku punyai. Aku pergi tidak akan lama, setelah tiba masanya nanti aku akan kembali juga.” Aku hela nafas malas. Belakang badan aku sandarkan pada dinding.

“Dalam tempoh enam bulan dari sekarang, aku pasti akan kembali. Untuk tunaikan perjanjian perkahwinan selama setahun aku dengan Chanyeol.”

Perjanjian itu harus ditamatkan.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now