Chanyeol bantu gosokkan minyak angin pada tepi kepala aku supaya rasa pening ini akan sedikit berkurang. Bau minyak angin yang menyegarkan ini sedikit sebanyak melegakan rasa loya dan mual aku. Mata aku terpejam celik sahaja kerana menahan pening.
“Nah,” Chanyeol hulurkan segelas air putih kepada aku. “Minum air ni sampai habis.”
Aku sambutnya lalu meneguk air tersebut sehingga habis. “Terima kasih.” Ucap aku dengan nada suara yang perlahan. Sungguh, rasa senak pada perut aku ini membataskan segala perlakuan dan nada suara aku.
“Sudah, kau berehatlah,” Chanyeol pegang bahu aku dengan agak erat dan membantu aku untuk berbaring dengan berhati-hati. “Kalau ada apa-apa, panggil aku di luar. Aku ada fail kerja yang mahu disusun semula. Iya?”
Aku mengangguk tanda mengerti.
Dia selimutkan separa tubuh aku, dan bergerak keluar secara lambat-lambat. Mungkin cuma mahu memastikan yang aku baik-baik sahaja.
Huh Chanyeol, janganlah terlalu baik pada aku.
Aku takut, sungguh takut.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM