29

728 103 1
                                    

Aku berdehem membaguskan anak tekak. Gumpalan liur aku telan bagi melancarkan kata-kata aku nanti.“Awak tahu apa yang kita lakukan malam tu?” Tanya aku dengan debaran di dada.

Dia seperti tadi, kelihatan santai sahaja. “Ya.”

“Macam mana kalau...” Aku menggantungkan ayat. Nafas aku tarik hembus berulang kali untuk menenangkan diri.

Kali ini, kening dia bertaut sambil memandang tepat ke dalam mata aku. “Kalau apa?”

“Kalau.. Saya mengandung.”

“Jangan risau, aku akan bertanggungjawab.”

“Macam mana?”

“Aku akan berkahwin dengan kau.”

Aku terdiam seribu bahasa. Apa, yang baru dikatakannya sebentar tadi? Yang benar sahaja dia ini? Atau dia cuma mahu berjenaka sahaja. Perkahwinan ini bukanlah hal-hal yang remeh temeh. Itu serius.

“Awak tak kenal saya, dan saya tak kenal awak. Macam mana awak mahu berkahwin dengan saya?”

“Habistu, kalau kau mengandung anak aku, apa kau ingat aku akan lepas tangan macam itu sahaja?”

“Saya..” Sekali lagi, aku kematian kata-kata. Lelaki ini, betul-betul memaksudkannyakah bila berkata yang dia mahu berkahwin dengan aku?

“Jangan risau, aku akan bertanggungjawab.”

Syukurlah. .

Aku bukan hanya memikirkan tentang diri sendiri, sebaliknya aku lebih mengutamakan anak yang berada di dalam kandungan aku ini. Dia perlukan seorang bapa.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now