85

631 93 22
                                    

Sungguh, aku kecewa.

Tiga hari aku ditahan di hospital, tidak ada sehari pun Chanyeol datang melawat aku.

Dia tidak rasa bersalahkah atas apa yang dia lakukan pada aku?

Aku tidak meletakkan seratus peratus kesalahan itu pada dia, kerana ini semua berlaku disebabkan oleh hasutan Im Nayoun. Perempuan itu sengaja mahu menghancurkan hubungan aku dengan Chanyeol. Sama seperti apa yang dia lakukan terhadap aku dengan Jongin dahulu.

Aku cuma tidak boleh menerima kata-kata hinaan perempuan itu yang mengatakan anak ini bukan benih Chanyeol. Dia siapa mahu menghina aku sehingga demikian sekali. Apa dia fikir aku sejijik dan semurah dia itu?

Kesalahan Chanyeol hanyalah, dia terlalu naif kerana mudah dibohongi dan dipancing dengan kata-kata manis. Entah Chanyeol ini pencinta yang setia, ataupun cuma terlalu bodoh.

. . . . .

Huhaaak sakit hati wa, psh.

Ehem, ada dpt hint tak yang fic ni nak tamat dah. Byk betul konplik baa ish. Apapun hope enjoy weh. Oh ya, ada komen sebelum ini daripada un yng bernama Nabilabella kah itu kalau tidak silap, maaf aku terpaksa delete. Sebab ada komen sesat dari makhluk luar yang memakai pfp cem lahanat merosakkan mata aku saja. Again sorry sebab aku delete sebelum balas.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now