22

704 105 1
                                    

Hari ini, aku bertekad mahu berjumpa dengan doktor.

Aku sudah tidak larat untuk menahan kesakitan yang aku alami. Naik jelak aku bila sudah masuk tiga minggu aku mengalami penyakit yang pelik ini. Jadi aku minta Jiwon untuk temankan aku pergi klinik untuk membuat pemeriksaan. Sebab dia pun sudah give up dalam mengendalikan aku.

Aku berbaring di atas katil ini, sementara doktor membuat pemeriksaan ke atas diri aku. Selepas itu, dia memberikan aku secebis kertas tester dan satu botol kecil. Kening aku bertaut melihatkannya, untuk apakah semua ini?

“Saya perlu buat apa dengan benda alah ini?”

Em, saya mahu membuat pemeriksaan urine. Jadi awak boleh gunakan botol kecil ini. Pergi tandas dan isikan dengan urine awak, selepas itu masukkan cebisan kertas itu. Lepas itu, bawa kertas tersebut dan jumpa saya semula.”

“Iya, saya tahu. Tetapi untuk apa doktor membuat pemeriksaan urine pula? Saya bukan pengamal dadah.”

Dia tergelak kecil mendengarkan kata-kata aku. “Saya cuma mahukan kepastian sahaja.”

Um, okey baiklah.” Aku berlalu ke dalam tandas tanpa banyak soal lagi. Aku ikutkan apa sahaja yang dikatakannya sebentar tadi, tanpa perasaan ragu-ragu. Setelah itu, aku keluar semula lalu berjumpa dengan doktor yang sama.

Aku mengambil tempat di sebelah Jiwon, sementara menunggu keputusan yang dibuat oleh doktor tersebut. Dia menulis-nulis sesuatu pada kertas sambil tersenyum-senyum ke arah aku.

Apakah?

“Tahniah puan, puan disahkan mengandung.”

Aku ternganga mendengarnya.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now