73

615 91 8
                                    

Tangan aku selukkan ke dalam kocek jaket tebal bagi menghindari kedinginan cuaca kini. Fuh, sejuknya itu menusuk masuk sehingga ke dalam tulang. Kalau bukan disebabkan baby, tidak adanya aku mahu keluar ini.

Urm, sebenarnya kerana keinginan aku juga.

Dalam cuaca sejuk ini, jadi teringin pula mahu makan Jajjangmyeon panas-panas.

Tadi, sebelum keluar aku ada menghantar pesanan ringkas pada Chanyeol yang mengatakan aku mahu keluar. Aku takut mahu keluar kalau tanpa kebenarannya, sudahlah dia masih lagi berdingin dengan aku. Tahukah, aku berharap Chanyeol akan tegah aku untuk keluar sebaliknya dia yang akan membelikan aku Jajjangmyeon. Impian aku runtuh sebaik sahaja menerima balasan darinya. Itupun sejam selepas masa berlalu baru dia balas.

Okay

Aku tidak pastilah, patutkah aku gembira ataupun berasa kecewa iya dengan balasan itu.

Lupakanlah.

Yang penting, dia memberikan aku keizinan untuk keluar.

Penat aku berputar-putar sekitar pekan di sini untuk mencari restoran Jajjangmyeon terbaik berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Jiwon. Katanya, di sekitar sini ada restoran yang menjual Jajjangmyeon, dan rasanya amatlah sedap. Itu baru andaian aku, belum merasanya lagi kerana aku masih belum jumpa lagi restoran tersebut. Berdasarkan GPS, aku sudah hampir.

Mata diliarkan untuk melihat sekeliling, manatahu aku sudah terlepas pandang. Dalam kesibukkan aku mencari papan tanda restoran, tiba-tiba lengan aku dipaut oleh seseorang. Aku menoleh untuk melihatnya. Lalu mulut aku ternganga.

“Awak buat apa di sini?” Soal aku, yang masih lagi terkejut dengan kehadirannya di sini.

“Kenapa? Terkejut?” Dia jungkitkan keningnya sebelah. “Terkejut suka aku di sini? Atau, terkejut kecewa sebab kalau aku di sini kau tak dapat keluar dengan lelaki lain, huh?”

“Apa awak cakap ni? Mestilah saya suka awak di sini. Dan buat apa pula saya nak keluar dengan lelaki lain. Tak ada faedahnya. Saya sudah bagitahu awakkan kenapa saya nak keluar ni.”

Hm ya, manatahu sahajakan,” Chanyeol jeling aku dari hujung mata sementara pandangannya dihalakan ke hadapan. “Tak jumpa lagi semenjak tadi restorannya?”

“Tak,” Aku muncungkan mulut sambil melihat skrin telefon aku. Setelah itu aku teliti setiap nama-nama kedai yang berada di sini. “Saya dah beku ni sebab sejuk. Tapi tetap tak jumpa-jumpa.”

Aku dengar dia tergelak kecil, sebelum dia beralih ke hadapan aku. Telefon pada tangan aku dirampasnya dan dimasukkan ke dalam poket jaketnya. Muffler pada leher dia dibuka lalu dililitkan olehnya pada leher aku. “Jom.”

“Awak tahukah di mana?”

“Mestilah aku tahu.” Dia tersenyum manis pada aku, lalu dia meraih jemari aku dan dikaitkan dengan jari-jari runcing miliknya.

Huh..

Tuhan sahaja tahu betapa leganya aku.

Chanyeol, tolonglah jangan abaikan aku lagi.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now