92

566 81 0
                                    

Aku buka mata apabila mendengar bunyi ketukan beberapa kali pada pintu bilik tidur milik aku. Bingit. Macam mahu dirobohkan sahaja pintu itu. Sudah kenapa dengan Jiwon itu? Aku bangun perlahan-lahan dari pembaringan lalu bergerak ke pintu untuk membukanya.

“Apa dia?” Tanya aku dingin setelah daun pintu terkuak. Muka cemas Jiwon aku pandang tanpa reaksi.

Dia menghembuskan nafas lega. “Aku fikirkan kau sudah kenapa dekat dalam. Sebab lambat sangat buka pintu.”

“Apa kau ingat aku sudah mati, begitu?”

“Ish, taklah. Kau sudah seminggu kurang makan, jadi aku risaukan kalau-kalau kau pengsan dalam sini. Itu yang aku gelabah.”

Aku angguk tanda mengerti. Memang setelah aku jejak kaki keluar dari rumah Chanyeol, tiada tempat lain yang dapat aku tuju melainkan ke sini. “Terima kasih, sebab risaukan aku.”

“Kau kan kawan aku, mana mungkin aku abaikan kau. Kau nak makan apa-apa tidak, kejap lagi Kyung Soo datang. Manatahu kau teringinkan apa-apa, boleh dia belikan sekali.”

Aku geleng.

Nafsu makan aku sudah tiada.

Aku tekanan dan stress, rasa seperti macam mayat hidup.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now