Lega.
Yang tidak terhingganya.
Akhirnya aku dapat mengatakannya juga.
Reaksi yang aku terima juga positif.
Aku berasa gembira dan bahagia, sehingga rasa mahu menangis juga ada. Airmata kebahagiaan. Cuma Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku di saat ini.
“Jadi jujur sahaja, kau mengandung kan?”
Soalnya secara tiba-tiba yang membuat aku terkejut. Pelangi dan bunga-bungaan yang berterbaran atas kepala aku tadi juga serta merta jatuh dan pupus mendengarkan ketegasan dalam nada suaranya tadi. Seolah-olah memberikan arahan dalam pertanyaannya. Tatapan dia yang mendalam menatap aku membuatkan aku menjadi cuak. Pandangan dia memaksa aku untuk berkata jujur.
“Y-ya.” Terbata-bata aku mengatakannya. Muka aku tundukkan dan aku bermain dengan jari jemari aku.
“Aku sudah agak yang kau mengandung. Kenapa tidak bagitahu aku, huh? Takut?”
Mendengar suaranya juga aku sudah cuak, jadi mahu bersuara juga menjadi sukar. Tekak aku seperti disumbat dengan batu. Jadi aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Chanyeol meluruskan belakang badannya kemudian mencebik. “Sudah berapa bulan?”
“Baru masuk dua bulan.” Aku berkata perlahan.
“Seriously? Kenapa perut kau rata sahaja? Dimana bumpnya?”
Aku mahu cakap yang dia bodoh, takut marah pula. Cakap yang dia pandai, kenapa bagi soalan bodoh macam itu?
Aku mengeluh halus. “Memanglah, baru nak masuk dua bulan, bukan? Lagipun, badan saya kecil jadi sebab itulah kandungan saya tidak ketara sangat.”
“Oh.” Dia seolah-olah terpukau dengan sesuatu yang berada dalam perut aku ini, bila dia merenung sahaja ke arah perut aku dengan penuh minat. Sesekali dia tersenyum kecil, yang membuat aku berasa pelik.
Aku yang mengandung, menjadi emosional.
Takkan dia ayahnya, jadi tidak betul pula.
Hm.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM