102

587 79 8
                                    

Kening aku bertaut sebaik sahaja aku mendapati yang teksi ini bukan menuju ke destinasi yang sepatutnya. Sudah melencong jauh. Aku alihkan perhatian pada pemandunya, lalu aku tepuk bahu dia beberapa kali.

“Encik, saya rasa encik sudah salah arah. Saya mahu ke lapangan terbang. Bukankah saya sudah katakannya tadi?” Tanya aku, berasa pelik dan aneh. Dalam masa yang sama aku takut juga, manatahu dia penculikkah?

Dia menolehkan kepalanya sedikit, membolehkan aku untuk meneliti wajahnya meskipun hanya sipi-sipi sahaja. “Tidak. Aku tidak salah arah, ia benar.”

“Ini arah ke mana?”

“Ke hati kau.”

Apakah, dia fikir aku mahu berlawakkah bagaimana ini?

“Encik jangan macam-macam, saya tidak suka berjenaka.”

“Aku serius Shin, ini bukan jenaka.”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now