Aku bosan, bosan, dan em apa lagi iya.. Oh ya, bosan lagi.
Seminggu aku terpuruk di dalam rumah sahaja, tidur, makan, bangun, makan, tidur dan bangun lagi. Dan ada kadangkala, sekali dua kali dalam sehari, aku menangis sekejap. Disebabkan oleh lelaki itulah, siapa lagi. Tidak mungkinlah dalam masa seminggu aku boleh lupakan dia, bukan?
Sedangkan hubungan aku dengannya sudah masuk genap lima tahun.
Tetapi syukurlah, aku mengetahui itu semua sebelum aku dengan dia mempunyai apa-apa ikatan. Jika tidak, entahlah apa yang bakal aku lakukan.
Dan iya, itu sahajalah yang dapat aku rumuskan tentang hidup aku selepas seminggu putus dengan dia.
Macam orang yang tidak mempunyai kehidupan langsung. Aku tidak pernah menjangka yang hidup aku akan menjadi sebosan ini. Aku pernah memandang cermin dan bertanya pada diri aku sendiri;
Apa aku kurang cantik?
Apa aku kurang menawan?
Apa aku kurang baik?
Apa aku kurang prihatin?
Apa aku kurang segala apa yang lelaki pandang pada perempuan?
Segalanya apa yang dia mahukan dulu aku bantu belikan.
Serius, aku belikan dia jam tangan berjenama, aku belikan dia kasut berjenama, baju berjenama, dan segalanya serba berjenama pada hari kelahiran dia.
Apa—— oh,
AKU FAHAM KENAPA.
Bodohnya aku.
Aku memang tidak cantik, malah hodoh.
Aku memang tidak menawan, dan gaya seperti nenek tua.
Aku. . .baik? Iya, terlalu baik sampai boleh dibodoh-bodohkan.
Aku prihatin, sangat prihatin. Sehingga dengan mudahnya boleh dipergunakan.
Aku memang tidak mempunyai daya tarikan seorang wanita. Ini cakap benar.
Aku cuma mempunyai, orang tua yang kaya.
Yang, menjadi kelemahan aku.
Sekarang, aku memahaminya kenapa. . .
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM