105

679 80 3
                                    

“Katakan apa sahaja yang kau mahu aku lakukan agar kau dapat memaafkan aku. Aku sanggup, Shin. Cuma, tolong jangan tinggalkan aku. Aku perlukan kau selalu berada dengan aku.”

Aku cuma memandangnya dengan pandangan kosong. Aku bersyukur sekarang aku sudah dapat mengawal emosi dan tidak terburu-buru untuk menangis. Dengan pengalaman yang aku lalui, dengan menjadi seorang ibu kini, aku jauh lebih matang dari yang sebelum ini. Aku yang dulu adalah seorang yang cengeng, namun sekarang hati aku terasa kebal.

Mungkin kerana sudah sering kali disakiti.

Chanyeol, awak cuma membuang masa saja. Hati saya sudah tertutup buat awak. Cinta saya sudah layu. Tiada lagi yang namanya kasih dan sayang dalam hati saya, bukan sahaja untuk awak bahkan untuk mana-mana lelaki lain pun. Jadi, tolong berhenti berharap.”

Dia menggigit bibir bawahnya sambil memejamkan mata. Disebabkan perbezaan tinggi yang begitu ketara, aku dengan mudahnya dapat melihat setiap eksperinya meskipun dia menundukkan wajahnya. Dan sekarang dia. . .menangis. Badannya bergemetaran akibat menahan sendu. Aku berasa simpati, tetapi cepat aku tepis jauh perasaan itu.

Sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu di kasihankan.

“Shin,” Dia tarik aku ke dalam pelukannya tanpa sempat aku mengelak. Badan aku menjadi kaku bila sahaja bertemu dengan badan sasa milik Chanyeol. “Jangan siksa aku begini Shin. Aku sedar kesalahan aku begitu besar terhadap kau. Aku lukakan kau, bukan sekali tetapi berulang kali. Aku benar-benar menyesalinya. Maafkan aku, Shin. Tolong kembali ke dalam hidup aku.”

Dia menangis teruk, seperti di awal pertemuan kami dahulu. Malam, di mana dia menangis dengan teruk itu. Sekali lagi, aku menjadi saksi tangisannya yang tulus.

Namun, ego aku sudah menebal.

Aku tolak badan dia perlahan-lahan supaya menjauhi aku. “Tidak mungkin Chanyeol. Sungguh tidak mungkin untuk saya kembali ke dalam hidup awak. Jika hari ini, awak halang saya. Masih ada esok untuk saya pergi. Halanglah dengan cara apa sekalipun, saya tetap aku pergi dari dalam hidup awak. Seperti apa yang sudah saya katakan, hati saya sudah mati.”

“Dan cinta kau sudah layu,” Dia potong kata-kata aku sebelum sempat aku menghabiskannya. “Shin, tidak kira apa yang kau katakan, tidak kira berapa kali kau nafikannya, dan tidak kira berapa kali kau tolak. Aku akan tetap cari kau. Pegang kata-kata aku ini, Shin. Aku akan hidupkan semula hati kau itu, aku akan suburkan semula cinta kau pada aku dengan kasih dan cinta aku. Aku akan buat sampai kau terima aku semula.”

“Sebab aku cintakan kau, dan aku perlukan kau. Aku akan berusaha, Shin. Untuk tawan hati kau semula. Ingat ini.”

Teruskanlah berharap Park Chanyeol.

. . . . .

#2 in short story now, again .
Uwaaaa im speechless tyouuu readerss semuaa

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now