Aku menapak masuk ke dalam apartment milik Chanyeol dengan mulut yang ternganga. Semua perabot dalam rumah dia tampak mewah, sudahlah begitu, aku yakin yang apartment dia ini juga bernilai tinggi. Oh bukan aku tidak pernah masuk ke dalam rumah semewah ini, cuma aku pelik sahaja dengan pekerjaan dia apa sehingga mampu membeli rumah semewah ini.
“Tutup mulut tu, nanti masuk lalat.” Tegurnya yang secara automatik membuat aku menurutnya tanpa banyak soal. “So, inilah rumah aku. Hm, aku sudah terlalu lama tak datang sini jadi tidak hairanlah kenapa nampak kotor sikit.”
Aku menganggukkan kepala tanda mengerti. “Okay.. Kalau saya tanya sesuatu, awak jangan marah iya?”
“Belum tanya lagi, macam mana aku nak marah? Tanya sahajalah.” Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa, lalu aku juga turut duduk bertentangan dengannya.
“Awak kerja apa sebenarnya, hidup awak nampak mewah.”
Chanyeol sandarkan badannya ke belakang lalu meletakkan lengannya atas kepala. Penat mungkin angkut bagasi aku naik atas sini. Siapa suruh, aku mahu tolong tadi dia tidak bagi.
“Aku kerja dengan ayah aku. Syarikat hartanah.”
Mulut aku terus membentuk 'O' dengan pernyataan ringkasnya itu. “No wonderlah..” Aku gumam perlahan.
Deringan telefonnya tarik perhatian aku dan dia. Chanyeol capai telefonnya dan talakan depan muka dia. Tidak lama kemudian dia bingkas dari pembaringan, dan menuju ke depan pintu. Mahu keluar, rasanyalah.
“Awak nak pergi mana?” Tanya aku, bukan berniat mahu menyibuk tetapi inikan sudah hampir lewat malam. Dia tidak mengantukkah? Sedangkan tadi dia sudah hampir tertidur.
“Aku nak keluar, aku mungkin tak balik. Kau, buat rumah ini macam rumah kau sendiri, faham?” Selepas dia pakai kasut, terus sahaja dia berlalu.
Tapi, dia patah semula sambil pegang kepala dia seperti aedang memikirkan sesuatu, barangkali. “Oh, lupa. Rumah ini memang sudah menjadi milik kau, Puan Park.”
Aku tersenyum dalam hati.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM