17

755 108 8
                                    

Sekiranya aku memukul, menumbuk, meluku atau mensekeh kepala lelaki ini sekalipun peristiwa itu tidak mungkin dapat untuk dihindarkan. Masa tidak mungkin dapat diundurkan semula. Dan sekiranya kesucian aku sudah hilang, tidak mungkin aku akan mendapatkannya semula sekalipun lelaki ini aku pukul sehingga mati.

Ini kesalahan aku!

Mengapalah aku begitu bodoh sekali semalam?

Aku masih tidak pasti sama ada kesucian aku masih ada ataupun tidak, aku tidak tahu bagaimana rasanya apabila disentuh. Aku tidak tahu aku sudah disentuh atau tidak.

Apa yang telah aku lakukan ini?

Aku gigit bibir sambil menahan suara esakkan tangis aku. Aku bukan berniat mahu menangis, sebab aku tahu dan sedar ini kesalahan dan kebodohan aku sendiri. Bukan hanya salah lelaki ini seorang. Cuma, aku menangis bila teringat akan ibu dan ayah aku.

Aku telah memalukan mereka.

Dua kali.

Yang kali ini, benar-benar memalukan. Aku telah menconteng arang di muka orang tua aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now