“Seriously?” Soal aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Jiwon.
Dia mengeluh halus sebelum mengangguk laju. “Dia mesej aku tadi, tanya macam-macam pasal kau. Apa yang kau suka makan sejak mengandung ni, apa yang selalu buat emosi kau tak betul. Dan yang terakhirnya aku terkejut sikit, dia tanya aku apa nama kau, babe. Biar betul sahaja dia tu, takkan nama kau pun dia tak tahu weh.”
Oh.
Jadi tadi yang dia bermesej dengan seseorang itu, Jiwonlah orangnya.
Tak guna.
Percuma sahaja aku percayakan bulat-bulat yang dia berusaha untuk mengingati nama aku, rupanya dia berpura-pura sahaja. Ish, lakonan mimik muka dia memang patut dapat anugerah, kerana serius dia berjaya kaburkan mata aku tadi. Tetapi, sekurang-kurangnya dia tahu untuk mengambil hati aku, meskipun dengan bantuan orang lain. Itupun, usaha jugak kan?
“So, macam mana tadi. Sudah dapat cincin yang sesuai?” Tanya Jiwon tiba-tiba sambil pandang aku dengan perasaan yang teruja.
“Err..” Aku angguk teragak-agak. “Iya, sudah”
“Kenapa ni babe, kenapa musam je, huh?”
“Entahlah, aku. . .macam tak yakinlah, nak kahwin dengan dia. Aku rasa macam, aku ni beban untuk dia. Penghalang dalam hidup dia. Menyusahkan dia sahaja kalau dia terpaksa menyara aku.”
“Jangan anggap diri kau rendah sangat. Bagi aku, dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mujur dia mahu mencari kau babe, dan mahu menerima kau dengan anak kau ini. Jarang sekali ada lelaki yang seperti itu. Percayalah babe, mungkin dia adalah jodoh kau? Hmm? Bukan suka-suka Tuhan duga kau macam ni.”
Iya, semoga bukan sia-sia perkahwinan ini.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM