13

777 118 10
                                    

Aku ketawa besar apabila lelaki di hadapan aku ini kalah dalam permainan siapa paling banyak minum dia menang. Mukanya yang sedia merah bertambah merah. Dia terbatuk-batuk semasa meminum bir kali yang ke. . .

A!

Tak, bukanlah. . .

Yang ke B.

Emm, itu abjadlah bukannya nombor, Ya Tuhan lembabnya kau Shin Yeong.

Baiklah. . .yang ke se--puluh, mungkin ataupun dua puluh.

Hahahahahahahahahahha dia kalah.

Kenapalah otak aku tidak boleh berfikiran dengan betul ini? Oh. . .aku tahu, aku mabuk sudah. Yeahhh!!!

“Awak dah kalah! Saya menang!” Aku menjerit keriangan sambil melayangkan tangan ke udara.

Umm.. Kau main tipu. Gelas kau tak penuh macam gelas aku pun.”

“Eh, manadalah. Penuh oookkeyyy. . .” Mata aku tertutup terbuka melawan rasa mabuk ini. Aku tongkat kepala atas meja menggunakan lengan bila aku rasa seperti mahu rebah sahaja.

Aku tersedu beberapa kali dan selepas itu aku ketawa lagi. Entahlah, bunyinya macam lucu sahaja. Macam mana tidak lucu, jikalau difikirkan semula sebab kenapa aku berada di sini, memang lucu. Aku mahu mencari Jikon tiba-tiba terjebak pula dengan budak lelaki yang mengalami kegergasian ini.

Oh iya, siapa nama budak ini ya?

Hey,” Aku cucuk lengan dia dengan hujung jari. “Siapa nama awak iya, saya mahu tahu.”

Dia mengambil masa yang agak lama untuk membalasnya, dalam tempoh itu dia menatap muka aku tanpa berkedip. “Ch-Chanyeol.”

Ouhh..” Aku menutup mulut aku yang sedang tersengih. “Nama awak comel. Heee.. Macam orangnya.” Aku talakan jari telunjuk ke depan mukanya lalu aku tolak hujung hidung dia ke atas.

Dan aku tergelak terkekeh-kekeh melihat dia.

Serius, muka dia lucu gila. Sudahlah telinga dia besar, macam eemm.. Apa itu, yang empat kaki itu, dan bertelinga besar? Apa kambing, iya?

Errr...

Ah, kenapalah aku tidak boleh berfikir ini?

“Kau?” Tanya dia sambil menongkat muka memandang aku. “Nama siapa?”

“Shin, Shin Yeong.”

Aaaaaa, Shin. Nice name you have.”

Aku tersenyum bangga. “Terima kasih.”

“Apa yang kau buat, Shin. Bila kau dapat tahu yang boyfriend kau curang di belakang kau?”

Umm? Akukah?

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil tongkat kepala. “Entahlah. Saya, menangis agaknya. Oh! Iya! Saya menangislah! Apa awak ingat saya ketawa?!”

Ohhh.. Kau tak nak balas apa-apa untuk apa yang dia buat itu?” Aku balas tenungannya yang begitu dalam merenung aku. Dia sepertinya sedang menantikan sesuatu dari aku, jadi aku jungkitkan kening sebelah. “Kau.. Tidak mahu membalas? Sesuatu yang seperti, dendam?”

Hmm, saya rasa sudah tidak ada apa yang boleh saya buat. Awak tahu, dengan mengebom perempuan itu sahaja tidak mampu untuk menghapuskan rasa sakit hati saya ini. Awak pula, apa yang awak nak buat?”

“Aku?” Aku angguk. Sempat dia menghabiskan birnya dalam gelas sebelum kembali bercakap. “Aku akan pastikan dia menyesal.”

Kasihannya dia. Mesti dia sayang sangat pada perempuan itu. Cantik iya? Kalah kecantikan akukah?

“Dia cantik tidak?”

The perfect girl I ever met.”

Ceh iyalah itu cantik, tetapi penipu. Luaran sahaja indah tetapi dalam hati hitam dan kelam.

But, her love wasn't that perfect. She's liar.”

Heh, aku baru sahaja cakap tadi.

“Boleh saya tengok muka dia? Awak mesti ada simpan dalam phone awak. Kan?” Aku bergerak ke sebelah dia lalu duduk di situ. Menanti dia keluarkan telefon dia.

Hahahaha, aku tiba-tiba teruja tanpa alasan.

“Ini,” Dia hulurkan telefon dia pada aku. “Bitch tidak berguna itu.”

Ohhhhh yang ini.

Muka dia memang muka murahan.

Muka macam dia ini memang sudah biasa aku tengok.

Muka dia tidak jauh berbeza dengan muka perempuan yang bersama dengan Jongin tempoh hari.

Disebabkan itu, aku menjadi geram lalu dengan selambanya aku memadam gambar itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now