#MOHONCAIR
...
..
.
Aku baru sahaja mahu ke dapur, dan berkira-kira untuk masak makan malam bila Chanyeol tiba-tiba balik awal. Dia nampak kusut dan serabut. Melalui riak wajahnya itu aku sudah dapat mengagak yang dia sedang menghadapi masalah. Masalah pejabat, mungkin.
Aku bergerak ke sofa berniat mahu mendekatinya. “Awak nak minum apa-apa tak?” Tanya aku dengan nada lembut. Rasa kasihan pula melihat dia yang sepertinya stress.
“Tak perlulah.” Balasnya ringkas sebelum bersandar dan menutup matanya. Aku mengeluh halus dan menggaru pipi. Chanyeol inikan, aku cuma mahu membantu. Tapi dia ego.
“Kau dah masak?” Tanyanya tiba-tiba, yang membuat aku sedikit terkejut.
Dia laparkah? Alamak, aku baru mahu masak ini.
Aku mengigit bibir bawah perlahan-lahan. “Belum lagi. Awak laparkah, saya masakkan sekarang juga.”
Dia terus buka mata dan menggeleng. “It's okay. Aku nak bawa kau makan dekat luar lepas ini. Sekejap, biar aku hilangkan penat dulu.”
“Kalau awak penat, tak apalah. Biar saya yang masak, tak perlulah nak makan di luar.”
“Tak payah, Shin.” Suaranya masih tegas meskipun dalam keadaan yang penat. Aku secara tidak langsungnya mengalah.
Tangannya memicit-micit pelipis, sambil mukanya berkerut-kerut. Haih, dia ini degil betulah.
“Awak nak saya tolong urutkan kepala awakkah?”
Dia buka mata semula dan pandang aku. Ada beberapa jeda sebelum dia mengangguk dengan lambat. Setelah mendapat izin, tangan aku bergerak ke sisi kepalanya lalu mengurut perlahan-lahan. Aku mendengar dia mengeluh perlahan tanda selesa dengan urutan aku. Agak lama juga aku mengurut kepala dia.
Kemudiannya, aku menjadi terkaku dan terkelu, bila sahaja dia menekup mukanya pada perut aku. Mata aku membesar.
Tiba-tiba dia ini.
Tangan kanan aku dipegangnya lalu dia mendongak memandang aku. “Boleh aku sentuh perut kau?”
Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku, aku sangka dia cuma berjenaka tetapi melihatkan keseriusan wajahnya itu aku jadi dua hati. Aku telan liur yang terasa berbatu di tekak. Agak lama aku berdiam, jadi dia mengoncang tangan aku sedikit bagi menyedarkan aku. Senyuman kecil aku kuntumkan, lantas aku mengangguk.
Chanyeol tarik tangan aku supaya aku lebih dekat dengannya. Dan tangan kanannya dinaikkan untuk menyentuh perut aku. Dia macam terpukau oleh perut aku bila tidak hentinya dia tersenyum sambil mengusap-usap perut aku.
“Apa yang kau rasa Shin, bila ada nyawa lain dalam diri kau?”
“Hm?” Soalannya itu membuat aku berfikir sejenak, apakah yang aku rasakan? “Saya, rasa biasa-biasa sahaja. Iya mungkin sebab masih awal kandungan kan, itulah belum ada rasa apa-apa pergerakan lagi.”
“Bukan itu maksud aku, apa yang aku maksudkan ialah, apa perasaan kau?”
Uh.
Mengapa dengan dia ini?
Aneh. .
“Saya rasa lain macam, ada sesuatu dalam benak hati saya yang sukar untuk dikatakan. Cuma dapat dirasakan,” Aku sengetkan kepala memandangnya. “Awak pula, apa perasaan awak bila dapat tahu awak akan ada anak?”
Dia terus tarik belakang badan aku dan benamkan mukanya ke perut aku sekali lagi.
“Aku rasa bahagia..”
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM