Aku mendekati dia setelah menutup pintu. Aku silap agaknya, ini sepertinya bukan tandas sahaja. Dan, aduh kasihan betul budak lelaki itu.
Budak?
Emm. . .
Lelaki, besar.
Apakah ini?
Haih, aku pening.
Aku duduk di hadapan dia yang sedang menundukkan kepalanya di atas meja, dan menangis perlahan di situ. Simpati betul aku pada dia. Aku gerakkan tangan ke anak rambutnya lalu aku usap-usap dengan lembut. Aku sedang berusaha memujuk anak kecil ini, tahu tidak?
“Sudah sudahlah tu menangis.. Tidak ada faedahnya awak tangisi orang yang tidak berguna seperti itu. Dia layak untuk dibenci, tahu?” Kata aku dengan bersungguh-sungguh menasihati. Meskipun sebenarnya bukan itu yang aku mahu cakap. Tercakap, sebenarnya.
Pshh. .
Aku tertawa kecil setelah dia mengangkat kepalanya memandang aku. Mukanya berona merah, mungkin kerana menangis atau mungkin juga kerana mabuk. Punyalah banyak botol bir di atas meja ini.
Dia gosok mukanya dengan telapak tangan dia yang besar itu. Matanya mengecil melihat aku, seperti ada benda aneh pada muka aku. Jadi aku sengetkan kepala lalu mengedutkan dahi.
“Apa?” Soal aku.
“Pft,” Dia mencebik sinis. Amboi, serius sungguh. “Apa yang kau tahu soal aku?”
“Tak tahu apa-apa, langsung.”
“Habistu, kenapa kau sibuk mahu menasihatkan aku hah?!”
Aku tergelak besar mendengar dia melenting. Entahlah, bagi aku dia terlalu comel bila begitu kerana mukanya comel juga. Emm. . . Kenapa dengan aku ini?
Oh.
Jangan-jangan dia ini yang Jikon cakap itu, kan?
Apa itu, pasangan baharu?
Uuuuuuuuuu. . .
Kacaknya, Ya Tuhan.
Mata aku membuntang apabila tiba-tiba tangan aku direntapnya lalu digenggam kuat dalam tangannya. Mukanya begitu rapat dengan aku. Dia mengetap giginya dengan kuat sehingga aku dapat mendengar bunyi lagaan yang terhasil. Matanya menatap ke dalam anak mata aku, dalam.
“Apa kau ketawakan hah!? Kau fikir aku si kecundang jugak begitu?!” Tempelaknya dengah nada suara yang meningkat seoktaf. “Apa kau fikir aku tidak terluka bila dicurangi?! Salahkah kalau aku menangis? Huhh. . .”
Dan dia menyambung tangisnya di bahu aku.
Haihlahhh, anak siapalah ini. Ke mana agaknya ibu dia pergi?
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM