109

567 64 2
                                    

Rancangan aku untuk pergi ke luar negara tetap aku teruskan. Kali ini, tidak ada alasan untuk aku membatalkannya lagi. Dan disebabkan bagasi pakaian aku masih ada pada Chanyeol, aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah ibu bagi mengambilnya semula. Aku mendapat tahu, yang kini Chanyeol sudah kembali tinggal bersama ibu dan ayahnya. Iya, sekali aku mahu menemui Chansung. Dia sudah dibenarkan dibawa pulang oleh pihak hospital.

Sungguh aku merindui Chansung.

Sampai sahaja di sana, kedatangan aku disambut oleh ibu. Chansung pula sedang lena semasa aku tiba di sini. Sementara ibu berada di dapur, aku mengambil kesempatan untuk menatap wajah anak aku buat masa yang lama. Untuk melepaskan rindu aku padanya. Hidung, kelopak mata, bibir, telinga dan pipinya aku sentuh lembut.

Kesiannya anak aku. .

“Shin..” Ibu mengambil tempat di sebelah aku. Aku tersenyum nipis padanya. “Comel Chanchan bila tidur, kan?”

Aku angguk, selepas tergelak halus mendengar nama olokan yang ibu berikan pada Chansung. “Iya, comel sangat. Ibu beri nama Chanchan? Lucu.”

Ibu tertawa kecil. “Iya, sebab Chanyeol sudah ambil nama Channie. Jadi, Chansung ibu panggil Chanchan pula. Sesuai juga dengan Chansung, kan?”

“Sesuai sangat, bu. Chanchan bagaimana, cerewat tidak ibu?”

Ibu tuangkan air teh ke dalam cawan sebelum dihulurkan pada aku. “Begitulah Shin, masih kecil lagi, bukan. Cerewet malam, itu biasalah. Rindukan ibunyalah itu.”

Aku hela nafas lembut, wajah aku tundukkan sedikit tanda bersalah. “Maafkan Shin, bu. Shin menyusahkan ibu pula.”

“Eh, tidak mengapalah. Lagipula, Chanchan bukan orang lain, cucu ibu sendiri. Kalau bukan ibu yang jaga, siapa lagi?” Balas ibu sambil tersenyum kecil.

Aku menghirup teh herba yang ibu buatkan. Baik untuk kesihatan aku. Ibu macam tahu-tahu sahaja.

“Jadi, kamu masih lagi mahu meneruskan rancangan kamu untuk ke luar negara itu?”

Aku terjeda beberapa saat sebelum menganggukkan kepala secara lambat. “Iya bu. Shin terpaksa. Ibu tahukan, apa alasannya.”

“Ibu faham, nak. Ibu tidak halang, kalau ia beri kebaikan untuk kamu. Cuma, mengapa perlu pergi jauh? Di Korea juga ada rawatan itu, kan?”

“Ada, cuma.. Shin sengaja, sebab Shin mahu jauhkan diri dari Chanyeol. Shin belum bersedia lagi untuk bersemuka dengan dia dan terangkan segala-galanya.”

Ibu mengeluh halus. “Mahu ibu tolong?”

“Jangan, ibu.” Segera aku menolak. Aku bukan tidak menghargai niat baik ibu, cuma biarlah kalini aku melakukan semuanya sendiri. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Cukup-cukuplah aku membuat orang di sekeliling aku susah. “Shin minta tolong sangat, ibu jangan beritahu soal ini pada Chanyeol.”

“Kenapa pula tidak? Kalau kamu risau yang Chanyeol bakal bencikan kamu, kamu silap. Sebaliknya ibu yakin dia bakal terima kamu dan sayangi kamu setulusnya, nak. Ini juga akibat kesilapan dia.”

Tidak, ini sepenuhnya kerana kekhilafan aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now