Aku perhatikan sahaja Chanyeol yang berlalu terus ke dalam biliknya. Tanpa mahu memandang aku langsung. Takkanlah dia sudah melupakan aku, kan? Oh, kenapa sekarang sepertinya aku pula yang terhegehkan perhatian daripada dia ya.
Ergh.
Aku kumpul keberanian untuk mengikut dia sehingga ke tingkat atas. Setiba di hadapan pintu biliknya, aku berkira-kira hendak mengetuk atau tidak. Ah, biarlah dia katakan aku seperti termakan janji sendiri, aku cuma mahu meminta semua barangan aku yang ada pada dia. Baru sahaja aku mahu mengetuk pintu biliknya bila ia terkuak secara tiba-tiba. Chanyeol terpampang di muka pintu bersama bagasi-bagasi milik aku di tangannya.
Melihatkan aku, terus dia meletakkannya di tepi dan dia berdiri bercekak pinggang memandang aku.
Aku teguk liur, dan mata aku alihkan tidak mahu berbalas pandangannya. “T-terima kasih sebab pulangkan barang saya.”
Bagasi tadi aku capai, dan berura-ura hendak berlalu. Tiba-tiba lengan aku ditahan oleh dia. Aku menoleh memandang dia. Mukanya kosong sahaja. “K-kenapa?”
“Kau, ada selindungkan sesuatu dari aku?”
Aku menggelengkan kepala laju. “Tiada apa. Dan, oh ya hampir saya terlupa,” Aku keluarkan fail coklat dari dalam bagasi aku lalu aku hulurkan pada dia. Fail yang sama yang diberi pada aku selepas aku keluar hospital hari itu. “Saya sudah tandatangani surat ini, dan tinggal awak saja yang belum lakukannya. Genap enam bulan dari sekarang, kita sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi.”
Dia ambil fail itu dengan teragak-agak. Pegangannya pada lengan aku juga semakin melonggar. “Perlukah kau pergi?”
“Sangat perlu. Demi kebaikan awak, dan juga saya. Saya harap, awak akan jumpa perempuan yang lebih baik dan sempurna berbanding saya. Jangan risau, saya sudah lama memaafkan awak dan, saya juga mahu minta maaf atas kesalahan saya pada awak sebelum ini. Mungkin, kita tidak berjodoh.”
“Aku, cuma sayangkan kau saja. Kalau benar apa yang kau katakan kita tidak berjodoh, maka aku akan melawan takdir. Tiada perempuan lain melainkan kau, dalam hati aku. Hanya, mungkin ini bukan waktunya.”
Aku tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala. “Jangan degil Chanyeol, bukan kuasa kita untuk tentukan takdir. Selamat tinggal.”
Aku terus berlalu meninggalkan dia, ini adalah keputusan yang baik. Aku tidak sempurna lagi untuk Chanyeol.
. . . . .
Huwaa mcm lama sudah daku tak hapdate en. Hehhe maaf. Senanya aku tgh rangka untuk ending dia macam mana, supaya buat para pembaca puas hati. Biar adil dan tak nampak macam pelik. Even aku tahu, fic ini sudah semakin klise HAHAHAHA. Harapnya tiadalah readers yang menyampah iya? Okeoke, hope enjoy ><
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
Hayran KurguONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM