Aku cuma membatukan diri, menatap wajahnya yang serius juga sedang memandang aku tanpa berkedip. Dia hampiri aku secara tiba-tiba lalu berdiri tepat di hadapan aku. Aku terpaksa mendongak sedikit akibat ketinggian antara aku dan dia yang terlalu banyak perbezaannya.
Aku tekup perut aku dengan sebelah tangan bila ia tidak berhenti bergerak-gerak, lagi-lagi bila Chanyeol dekat dengan aku. Aku angkat muka apabila dia berdehem meminta perhatian aku.
Aku sengetkan kepala memandang dia. “Iya?”Aku berlagak tenang sahaja, padahal dalam hati aku ini sudah dilanda ribut dan taufan. Jantung aku juga berdegup laju, sehingga dapat aku dengari detakkannya itu. “Awak mahu apa datang sini?”
Chanyeol perhatikan aku untuk waktu yang agak lama. Bibir diketapnya semasa meneliti aku secara atas bawah. “Aku cuma, mahu memulangkan sesuatu.”
“Apa dia?”
Dia seluk poket jaketnya lalu mengeluarkan sesuatu yang berkilat dan halus. Ianya seutas rantai silver. “You left this, on that night. So, I just wanna give it back to you.”
Oh, rantai aku.
Dia mencari aku semata-mata cuma untuk memulangkan rantai ini. Apa dia tidak terfikir akan apa yang sudah dia lakukan terhadap aku malam itu? Adakah dia lupa?
Chanyeol menundukkan sedikit badannya, lalu rantai itu dia pakaikan ke leher aku. Terkelu dengan perbuatan dia, aku hanya mengakukan diri. Dia terjeda seketika, aku dapat rasakan hembusan nafasnya kerana kini kepala dia betul-betul di tepi kepala aku.
“And, for something that I can't ever give it back to you, I'm so sorry. . . Sorry, for what I've done to you on that night.”
Aku rasa sebak.
Oh tolonglah, Shin.
ANDA SEDANG MEMBACA
One Year Marriage ✔
Fiksi PenggemarONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM
