Aku kembali terpuruk.
Meratapi nasib malang yang terus menerus menimpa aku.
Ditipu, dicurangi oleh teman lelaki.
Terlanjur dengan lelaki yang tidak dikenali.
Dan mengandungkan anak yang tidak berbapa.
Apa lagi yang lebih malang daripada ini?
Aku tidak mahu makan, juga tidak mahu minum. Biarlah diri ini menanggungnya akibat terlalu bodoh dan cuai. Hari-hari aku cuma menyembunyikan diri di dalam bilik.
“Yeong..” Jiwon panggil nama aku dengan lembut. Lalu dia hampiri aku dan duduk di tepi aku. “Weh, kau tak nak makankah? Sejak kelmarin aku tengok kau tak makan apa-apa lagi.”
“Tak nak, dan tak ingin.” Balas aku dingin.
“Babe, janganlah macam ni. Kalau kau tak fikirkan diri kau, fikirkan anak dalam kandungan kau itu, kesian dia. . . Dia tidak bersalah Shin Yeong.”
Iya, ya. .
Aku tahu dia tidak bersalah, ini dosa dan kesalahan aku. Tapi dialah, dia adalah kesalahan aku itu.
“Yeong, kau jangan risau. Aku ada untuk kau selalu, babe. Kau tidak bersendirian, apa salahnya kalau kita berdua yang membesarkannya bersama-sama, kan? Lagipun, sedikit sebanyak itu kesalahan aku juga. Aku tak patut bawa pergi pub malam itu. Kalau tidak, mungkin ini semua tidak akan terjadi.”
Penyesalan.
Kekesalan.
Itu yang menghantui aku.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM