(Aku cadangkan dengar lagu PCY - Don't Go Today, sebelum membacanya. Harap feel huhu. Dan ohya, spam komen anda, inshaallah akan segera dibalas, ehem aku baru isi kuota hehe , so enjoy :3 )
...
..
.
(Park Chanyeol's preview)
Semenjak beberapa hari yang lalu, Nayoun menjadi rajin yang luar biasa bertandang ke pejabat aku. Mungkin dia berasa yang aku sudah tidak membencikannya apabila aku tidak menghalang mahupun menghalaunya keluar setiap kali ke mari. Dan ya, dia sudah naik tanduk.
Aku perhatikan sahaja kelakuannya yang seolah-olah mencuba untuk menarik amarah aku setiap kali dia mengusik gambar Shin yang aku frame kemas di atas meja. “Boleh jangan sentuh atau usik barang-barang aku? Tolong?”
Dia letakkan semula frame gambar Shin ke atas meja. “Okay relakslah, saya cuma tengok saja gambar ni. Ini, wife awak itukah?”
“Ya,” Aku menjawab dengan yakin sekali. “Dia, Park Shin Yeong isteri aku.”
Aku tekankan suara menandakan yang aku benar-benar memaksudkannya. Aku tahu kelakuan aku ini dilihat sebagai sengaja menunjuk-nunjuk tetapi aku tidak kisah. Tiada apa yang perlu aku sembunyikan lagi. Lagi-lagi pada Nayoun. Adalah lebih baik sekiranya dia mengetahui kenyataan ini agar dia tidak menyimpan sebarang harapan pada aku. Biar dia tahu yang hati aku sudah ada pengganti dirinya
Dan orang itu, adalah Shin.
Mukanya berkerut-kerut seperti sedang berfikir sesuatu. Aku tidak tergesa-gesa untuk bertanya kenapa, biarkanlah sahaja dia. Fail di hadapan aku dibuka lalu mula menyemaknya tanpa menghiraukan Nayoun. Namun apabila dia berdehem dan mengetuk permukaan meja berkali-kali, fokus aku jadinya terganggu. Dia ke sini cuma mahu mengacau masa kerja aku sahajakah?
“Boleh berhenti tidak Nayoun? Kau ganggu masa kerja aku. Kalau tidak ada apa-apa, apa kata kau keluar saja dari sini.”
Dia garu kening. “Eh tak, bukan macamtu. Awak janganlah halau saya.”
“Kau ganggu kerja aku, kau rasa?”
“Begini, saya.. Macam pernah tengok muka dia sebelum ini. Di sesuatu tempat..” Ini kedengaran mendebarkan, jadi perhatian aku tertumpu hanya pada dia. Menantikan kata-kata dia. “Oh! Iya, Kim Shin Yeong, bekas tunang Jongin.”
Lancar dia menyebut perkataan bekas tunang Jongin, itu.
Tiba-tiba wajahnya berubah suram dan sedih secara tidak langsungnya aku berasa aneh. Kenapakah? “Kau sudah kenapa?”
Dia menggelengkan kepalanya secara lambat. “Tak ada apa-apa cuma.. Saya rasa sayu saja. Kerana dialah, Jongin putuskan saya. Jongin cakap, dia mahu kembali pada bekas tunangnya jadi siapa sahaja kalau bukan Shin Yeong, kan?”
Aku kerutkan dahi. Mata aku tenung muka Nayoun dalam, mencuba menghadam maksud di sebalik kata-katanya tadi. “Apa yang kau cuba katakan ni? Meskipun Shin bekas tunang teman lelaki bodoh kau itu, tetapi sekarang dia adalah isteri aku. Jadi berhenti provok aku dengan pernyataan bodoh kau. Sia-sia.”
Dia tersengih sinis, matanya menjeling dan riak wajahnya seperti menyampah. “Awak tidak tahu, betapa Shin Yeong sayangkan Jongin. Sehingga dia sanggup berikan apa sahaja agar Jongin tetap padanya. Jongin selalu cerita pada saya betapa meluatnya dia dengan sikap manja Shin Yeong yang tidak bertempat itu. Lima tahun, mereka bercinta. Dan perempuan, amatlah sukar untuk melupakan cinta mereka. Itu adalah lumrah. Begitu juga dengan saya.”
Aku membisukan mulut, bukan sebab aku terkesan dengan kisah lalu Shin. Cuma, ia kerana Shin tidak pernah menceritakannya pada aku sebelum ini. Ah, mungkin sebab tidak penting, kan? Masa lalu itu, perit.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM