19

753 111 0
                                    

Dalam tempoh seminggu aku mengelakkan diri dari bertemu dengan sesiapapun. Sekurang-kurangnya sehingga aku merasakan yang diri ini sudah cukup termotivasi, dan cukup semangat dan kekuatan untuk menghadap kenyataan yang aku sudah tidak suci lagi. Sungguh aku malu.

Walaupun hanya pada Jiwon.

Dia berulang kali masuk ke dalam bilik aku, apabila aku hanya terpuruk di dalamnya tanpa mahu keluar. Bermula semenjak dari hari aku balik dari pub itu. Aku tidak lagi menangis, cuma aku rasa sedih dan sebak. Benci akan diri sendiri kerana tidak pandai menjaga maruah dan kehormatan diri. Entah di mana otak dan fikiran aku. Semuanya hanya kerana kecewa dengan lelaki, dan akhirnya merosakkan diri sendiri juga kerana lelaki. Terlalu banyak yang berlayar dalam minda aku, tentang ibu bapa aku, tentang maruah aku yang sudah tercalar dan, tentang masa depan aku nanti. Itu semua membuat aku rasa terpuruk.

Jadi pada setiap kali Jiwon masuk dan bertanya,

“Babe are you okey?”

Aku tidak mampu berkata apa-apa kecuali menutup mata, dan berpura-pura tidur. Aku sengaja juga sebenarnya mengurung diri sebab aku tidak mungkin menghadap Jiwon dengan tanda-tanda pada leher aku itu. Sekurang-kurangnya sehingga ia hilang kesan.

Dan, nampaknya ia sudah pudar sedikit. Tetapi perasaan jijik itu tidak akan begitu mudahnya pudar dari hati aku.

Jiwon, jangan berkawan dengan aku lagi.

Aku kotor.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now