115

635 71 30
                                    

Aku langsung merebahkan badan ke atas sofa bagi menghilangkan penat. Lengan aku letak atas dahi. Stress dan tertekan. Bukan sebab hal pejabat, tapi sebab hal Chanyeol tadi.

Macam manalah aku boleh malukan diri sendiri di hadapan dia seperti yang tadi itu?

Seperti aku pula yang terdesak mahukan perhatian dari dia.

Bodoh ya amat.

“Shin Yeong, sendiri sahaja? Papa mana?”

Aku buka mata dan turunkan lengan. Belakang badan aku luruskan tanda hormat pada Mama. “Papa cakap tadi, dia ada hal dekat site. Jadi, Yeong pulang dulu.”

“Aaaaa, begitu.”

Aku senyum kecil, dan bermain dengan butang baju aku. Tiada apa yang mahu aku katakan lagi.

Erm, Yeong?” Aku pandang Mama sambil jungkitkan kening. Mama garu tengkuk dan tersengih-sengih kekok.

Okay, ada pula lagi kali ini?

“Kalau Mama cakap ni, Yeong jangan melenting iya?”

“Kenapa pula Yeong nak melenting? Ada apa juga sebenarnya?”

“Begini, sejak beberapa bulan yang lalu ada satu keluarga ini sering datang sini. Termasuk tadi mereka datang sudah kali ke lima rasanya.”

“Jadi?”

“Mereka mahu melamar Shin Yeong.”

“Apa?!” Mata aku membuntang lebar.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now