Aku jadi geram tanpa sebab.
Rasa macam mahu sekeh-sekeh kepala dia itu.
Tetapi aku sedar yang aku sebenarnya bertindak bodoh. Mengapa aku tidak jujurkan sahaja yang aku sedang mengandungkan anaknya? Kenapa begitu sukar untuk aku mengatakan yang anak dia sekarang berada di dalam rahim aku? Sungguh, mulut aku terkunci. Seolah-olah tidak boleh menyuarakannya padahal hati aku bermati-matian hendak bersuara.
Aku cuma. . .takut.
Macam mana kalau dia tiba-tiba melenting, dan tidak mengakui yang ini adalah anak dia? Macam macam kalau aku hanya akan memalukan diri di hadapan dia sahaja? Bukankah aku yang bodoh telah merelakannya pada malam itu? Macam mana kalau dia tidak mahu menerima keadaan aku ini beralasankan itu?
Begitu banyak yang bermain dalam fikiran aku sehingga aku menjadi pening. Kepala aku tiba-tiba berasa pusing dan berpinar. Aku bergerak perlahan-lahan ke sofa lalu melabuhkan punggung aku ke atasnya. Chanyeol, hanya sekadar menjadi pemerhati untuk setiap gerak geri aku. Terasa agak janggal juga bila dipandang sebegitu rupa.
“Ada apa awak pandang saya macamtu?”
“Kau, sakit?” Aku menggelengkan kepala segera. Dia mengangguk sebagai tindak balas untuk balasan aku, selepas itu kembali memerhatikan aku.
Uh, dia tahu apa.
Patutkah, patutkah aku mengatakannya sahaja?
Dia juga, tampak seperti seorang lelaki yang baik. Kalau tidak untuk apa dia bersusah payah mencari aku untuk memulangkan rantai aku itu, hanya rantai sahaja pun. Harapnya jangkaan aku benar.
Apa salahnya jika aku mencuba, bukan?
Ya Tuhan, beri aku kekuatan.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM