“Awak masak semua ni?” Soal aku padanya setelah tiba di meja makan. Kerusi aku tarik lalu aku melabuhkan punggung ke atasnya.
Chanyeol ambil tempat di hadapan aku. Garfu dicapai dan dihulurkannya kepada aku. “Semestinya. Siapa lagi yang ada dalam rumah ini selain aku?”
Aku tergelak halus. Hulurannya tadi aku sambut segera. “Bukan itu maksud saya. Saya cuma tak sangka sahaja yang awak pandai masak.”
“Setakat spagetti ni, tak susah mana pun.”
Aku cebikkan bibir, garfu aku cucukkan pada spagetti lantas menyuakannya ke dalam mulut. Boleh tahan sedap juga air tangan Chanyeol, sesedap rasa. Jarang sekali lelaki pandai memasak. Aku kunyahnya secara lambat, dan tersenyum pada Chanyeol.
Dia jungkitkan keningnya. “Macam mana, sedap tak?” Tanya dia yang juga menyuapkan spagetti itu ke dalam mulutnya.
“Umm,” Aku angguk laju. “Sedap sangat. Pandai awak masak, iya.”
Untuk beberapa minit yang seterusnya, kami hanya memfokus pada makanan masing-masing. Senyap tanpa suara, yang ada hanya bunyi lagaan garfu dan sudu pada pinggan. Aku tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menghabiskan makanan, sebab aku cuma mengambil sedikit sahaja tadi.
Tidak lama kemudian, ada suatu perasaan menyerang secara tiba-tiba. Terasa ada cecair yang pahit menyusup naik melalui kerongkongan aku lalu memberikan rasa yang kurang enak dalam mulut aku. Aku terus rasa loya.
Dalam kadar segera, aku berlari ke sinki untuk membuang segala isi perut aku.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM