12

813 122 4
                                        

Aku tepuk-tepuk belakang badannya dengan tujuan untuk meredakan tangisannya. Sungguh iya, sejujurnya ini adalah kali pertama aku dapat melihat lelaki menangis betul-betul di hadapan aku. Terhinjut-hinjut bahu dia sebab menahan sebak. Cengengnya lelaki ini, Ya Tuhan.

Weh, sudahlah. Bahu saya lenguh mahu menampung badan awak. Berat, tahu tidak?” Kata aku sambil menolak dadanya supaya dia menjauh.

Dia berundur ke belakang semula dan duduk di tempatnya tadi. Dia gosok mata dengan lengan bajunya, kiri dan kanan. Selepas itu, dia selakkan rambutnya yang berwarna coklat terang itu ke belakang.

Sekejap.

Dia ini siapa?

Dan, kenapa pula aku ada di sini?

Apa yan— oh aku sudah pulih!

“Aku, aku tidak sangka sanggup dia tipu aku.” Dia mula berbicara, mematikan suara-suara kecil dalam minda aku tadi. Perhatian aku teralih pada dia sepenuhnya.

“Aku tak sangka dia sanggup curang di belakang aku. Dan aku tak sangka, aku akan menangis untuk perempuan murahan seperti dia.”

Aku tergamam seketika, lelaki yang aku tidak kenali ini nampak betul-betul sugul. Dan melihatkan sahaja keadaannya yang kusut dan tidak terurus itu mewujudkan rasa kasihan yang menebal dalam diri aku. Aku dapat rasakan yang nasib aku lebih kurang juga sama dengan dia.

Iya, aku sudah boleh berfikiran panjang.

Baguslah, mabuk aku sudah berkurang.

Uhh. . .pening sungguh.

“Kau dengar tak, aku cakap apa ini?”

“Uh,” Aku pandang dia yang tengah merenung aku. “Oh, dengarlah. Saya bukannya pekak. Sabarlah, saya rasa nasib kita sama. Saya pun baru sahaja kena tipu dengan teman lelaki saya. Dia pun curang juga.”

Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa sebak. Dada aku rasa macam ditumbuk, dan tekak aku rasa perit.

Ohhh, iya kita senasib.”

Ada beberapa ketika senyap sebelum aku mencapai gelas kosong di tepi aku dan sebotol bir yang masih penuh isinya. Aku datang sini untuk melepaskan stress dan melupakan kejadian tahi yang berlaku terhadap aku, bukannya untuk bersedih, dan mengenangkan kisah yang menyakitkan hati itu. Aku juga mahu hidup aku berubah!

Disebabkan semangat aku untuk melupakan dia melonjak naik, aku mengumpulkan keberanian untuk minum bir pula. Aku tuangkan ke dalam gelas dia dan juga gelas aku sekaligus.

“Untuk kita berdua!” Aku julangkan gelas aku ke arah dia. Lalu dia melakukan hal yang sama dan melagakan gelas kami berdua.

Yeah!”

Selepas sebotol, sebotol lagi aku buka.

One Year Marriage ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang