(Park Chanyeol's preview)
“Aku minta maaf, Shin.”
Hanya itu yang mampu terucap dari bibir aku semasa melihat dia diusung masuk ke dalam wad kecemasan. Meskipun aku tahu, amat sukar untuk Shin memaafkan aku atas perlakuan bodoh aku itu. Melihatkan wajahnya yang menahan kesakitan itu, sepertinya aku juga dapat merasakan kesakitannya. Bohonglah kalau aku cakap, aku langsung tidak rasa berdosa dengan apa yang sudah aku lakukan pada dia.
Niat aku bukan untuk menyakiti dia sehingga sedemikian rupa, aku cuma mahu membuat dia sakit hati dan membencikan aku. Bukan cederakan dia begitu. Itu adalah di luar jangkauan aku. Aku tidak sedar itu.
Aku rasa bersalah.
Mendengarkan sahaja khabar yang Shin dengan baby baik-baik saja, terasa batu yang menghimpit bahu aku teralih. Aku rasa lega yang amat. Mujurlah aku tidak kehilangan sama ada Shin, mahupun bayi kami. Aku tidak sebegitu zalimnya sehingga Shin sedar pun, aku tidak mahu melawatnya. Aku datang, cuma aku dihalau. Kawan baik Shin itu yang halau aku. Katanya, aku tidak layak untuk meraih kemaafan daripada Shin. Aku tidak diperlukan oleh Shin. Aku cuma akan menyakiti Shin bila aku munculkan muka di situ. Jadi, aku akur.
Iya, aku tidak diperlukan di situ kerana sudah ada Jongin, kan? Apa kegunaan aku, kan?
Bila difikirkan semula kata-katanya itu, memang benar belaka. Aku memang tidak layak untuk dimaafkan, Shin memang tidak memerlukan aku, dan ya aku cuma hanya akan menyakiti Shin sahaja jika sekiranya berasa di situ. Oh, apa yang aku fikirkan, Shin akan gembira bila buka mata nanti dan melihat orang yang hampir membunuh anaknya?
Park Chanyeol bodoh.
Aku lihat betapa Jongin merisaukan keadaan Shin, membuat aku yakin yang dia akan dapat menjaga Shin dengan baik selepas aku... Lepaskan dia nanti.
Memikirkan itu semua buat aku sebak, buat aku lemah. Sukar untuk aku lepas dia, sukar untuk aku melihat dia menderita, sukar untuk aku melihat dia menangis. Namun itulah apa yang harus aku hadapi.
Bodohnya aku.
Aku sakiti dia lagi.
*****
Apa yang lebih melegakan daripada Shin keluar dari rumah aku.
Sejujurnya, aku berasa lega.
Kerana aku tidak lagi perlu membuat dia sakit hati dengan semua apa yang aku katakan. Supaya aku tidak lagi perlu melihat airmatanya jatuh kerana aku. Sesungguhnya, aku jauh lebih sakit jika dia menangis kerana aku, jika dia sedih kerana aku. Jadi, adalah lebih baik sekiranya dia menjauhkan diri dari aku.
Lebih baik.
Aku hempaskan tubuh ke sofa setelah memasuki rumah ibu. Mata dipejamkan dan tangan aku letakkan atas kepala. Banyak yang aku fikirkan. Tadi, Nayoun datang dan tayangkan gambar-gambar Shin Yeong dengan Jongin. Aku tipu, kalau aku cakap aku tidak cemburu. Tetapi perasaan itu aku tepis jauh-jauh, kerana kebahagiaan Shin lebih utama. Aku tidak tahu apa motif Nayoun bawa semua gambar tu dan tunjukkan pada aku, tetapi apa yang aku tahu apa yang bakal aku lakukan nanti adalah yang terbaik.
“Chanyeol.” Aku buka mata semula bila suara ibu menjamah pendengaran aku. Ibu mengambil tempat di hadapan aku. Wajanhnya yang tegang aku tenung dalam senyap.
Ibu tampak marah.
Aku luruskan belakang badan tanda hormat pada ibu. “Iya, ibu?”
Ibu hembuskan nafas panjang sebelum membuka perbualan. Seperti ada sesuatu yang menyesakkan fikiran apabila terlihatkan kedutan pada wajahnya. “Sampai bila Chan mahu selindungkannya dari ibu?”
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM