Dalam beberapa hari ini, sudah menjadi perkara biasa sekiranya Chanyeol tidur di dalam bilik aku, dan bersama dengan aku. Aku bahkan berasa senang apabila dia selalu berada dekat dengan aku. Itu membuatkan aku berfikir sejenak, kenapa aku tidak terasa loya dan mual, iya? Sedangkan hari itu, aku terus termuntah sebaik sahaja Chanyeol hampiri aku.
Dan aku mulai sedari sesuatu, rupanya aroma wangian Chanyeol yang membuat aku rasa loya tempoh hari. Dan apa yang sukakan tentang dia adalah, bau badannya itu sendiri, tanpa sebarang wangian. Aku tahu bunyinya agak aneh, namun aku boleh berbuat apa jika itu apa yang hidung aku suka untuk hidu.
Aku bersyukur, setelah kandungan ini memasuki usia empat bulan lebih, morning sickness aku juga semakin berkurang. Cuma itulah, penyakit aku yang kerap kelelahan masih tidak hilang. Jadi tanpa menunggu kepulangan Chanyeol, aku telah terlebih dahulu masuk bilik dan berkira-kira untuk tidur.
Dia juga selalu balik lambat, dan meminta aku untuk tidak menunggunya. Aku rasa dia pun faham keadaan aku.
Baiklah, itu sahaja yang dapat aku rumuskan apa yang terjadi dalam tempoh hampir dua bulan menjadi isteri Chanyeol.
Hm, belum ada apa-apa perkembangan terkini berkaitan hubungan aku dengan dia sebab sejak akhir-akhir ini kami jarang bersemuka. Malam dia pulang kerja, aku sudah tertidur. Awal pagi pula, dia sudah berangkat kerja sebelum aku sedar.
YOU ARE READING
One Year Marriage ✔
FanfictionONE YEAR MARRIAGE \ P.CHANYEOL ❝ dia menemukan kebahagiaan melalui kelukaannya ❞ Highest ranks : #1 in short story COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/ROM/COM