59

631 90 5
                                    

“Sudah ke belum, Shin?”

“Sekejap lagi ya, awak sabarlah. Air baru sahaja saya renehkan.”

“Aku nak yang pedas iya.”

“Iya, ya, ya, awak dah cakap pun tadi, kan. Dua tiga kali sudah awak mengulangnya.”

Aku mendengus dengan kasar, bukan sebab aku rasa terbeban dengan permintaan Chanyeol. Sungguh, aku tidam kisah meskipun dia bangunkan aku tengah-tengah malam buta ini semata-mata untuk masakkan dia makanan. Cuma yang aku tidak tahan, itulah entah berapa puluh kali dia mahu ingatkan aku berkaitan campuran samyang yang dia idamkan. Bukannya aku pekak mahupun nyanyuk.

Setelah air mendidih, aku masukkan perisa samyang menurut apa yang Chanyeol mahukan. Kemudiannya, mee samyang, telur, dan hirisan daun bawang. Aku tahu dia lapar, tapi apa yang dia mahukan ini sungguh pelik. Macam dia pula yang mengandung sampai mengidam mahu makan makanan yang aneh malam-malam begini.

Siap cakap teringin lagi tadi.

Sekeras-keras sifat dia, rupanya manja juga.

Hmm..

Selepas sudah selesai, aku tuangkan dalam mangkuk dan berikan pada Chanyeol yang seperti sudah tidak sabar mahu makan. Matanya bersinar-sinar sebaik sahaja aku letakkan mangkuk berisi samyang itu di depannya. Bibirnya tidak berhenti dari tersenyum. Aku belum lagi pernah melihat dimplenya itu bertahan di situ buat masa yang lama. Selalunya tegang sahaja.

“Yang pedaskah ini?”

“Iya.” Aku anggukkan kepala lalu mengambil tempat di hadapannya.

“Ada telur?”

“Ada.”

“Daun-daun ini apa benda?”

“Itu daun bawang, jangan risau sedap juga. Saya selalu campur tu kalau makan samyang. Percayalah, sedap.”

“Macam mana kalau tak sedap?”

“Ya Tuhan, awak rasalah dulu. Baru awak tahu sedapkah tidak.”

Chanyeol mencebik sambil dia menggaul-gaul mee dalam mangkuk tersebut. Dia nampak teragak-agak untuk makan, tetapi aku lega bila dia tetap makan samyang buatan aku itu. Aku cuma menjadi pemerhatinya sahaja, Chanyeol nampak betul-betul berselera meskipun hanya sekadar mee segera.

Mulut aku gatal mahu bercakap disebabkan kebosanan, Chanyeol terlalu fokus makan. “Sedap tak?”

Dia mengangguk dengan mulut yang penuh.

“Pelik juga, dalam banyak-banyak makanan, mee segera juga yang awak mahukan.”

“Sebab tadi aku nampak, iklan orang makan samyang di televisyen, aku jadi teringin pula. Terfikirkan samyang sampai aku tak boleh tidur.”

Aku tertawa halus mendengarnya. “Bukan awak pandai masakkah? Kenapa tak masak tadi sebelum tidur.”

“Sebab,” Mulutnya yang terbuka, tertutup semula. Aku jadinya ternanti-nanti apa yang dia mahu katakan. “Sebab, aku cuma mahu makan bila kau yang buat.”

Okey baiklah, itu pelik.

“Serius, kau buat sedap.” Aku tersipu malu dengan pujiannya. Bukan selalu dapat dipuji oleh dia. Walaupun cuma samyang sahaja, aku tetap rasa bangga kerana Chanyeol suka air tangan aku.

“Kau nak rasa?” Soalnya, aku terkejut kecil dengan pelawaannya. Dia menyuakan garfunya ke arah aku dengan kening yang terjungkit sebelah. Senyuman sumbing tertempel di mukanya.

Kenapa dengan senyuman itu?

Aku angguk tanpa banyak soal. “Awak nak suapkan saya?”

Chanyeol angguk kepala. Dengan teragak-agak aku mengangkat punggung dan mendekatkan diri ke arah Chanyeol sambil menongkat tangan ke meja. Aku buka sedikit mulut bagi menerima suapannya, dan aku berasa pelik bila dia alihkan garfu itu ke dalam mangkuk semula.

Aku mengeluh dengan kasar. Dia cuma mahu mainkan aku. “Kalau tak ikhlas itu tak pa—”

Mata aku terus membuntang bila dia. . .melekapkan bibirnya pada bibir aku. Aku dapat rasakan yang bibir dia yang hangat mula menyalurkan habanya pada aku. Entah, ciuman ini yang hangatkah atau sebab sensasi pedas samyang tadi.

Gila.

Ini betul-betul gila.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now