EPISOD 1

305 26 0
                                    

Bulan separa ditemani bintang-bintang berkelipan terbentang di ruang angkasa. Angin malam menerobos kasar menampar-nampar wajahku. Rambutku menari-nari ditiup angin ku biarkan.

Terubat akhirnya kerinduanku selama ini terhadap kampung halaman, lebih-lebih lagi kedua ibubapa tercinta. Pekerjaan yang makin hari makin memanjang di tanah Kuala Lumpur bagaikan tidak memberiku peluang untuk pulang ke tempat asalku. Namun begitu, aku kini sedang memijak tanah kelahiran ku.

Awan lamunanku lenyap dek suara Mami yang nyaring memanggil-manggil namaku sambil mengetuk daun pintu. Kakiku yang terasa kebas ku paksa untuk melangkah ke arah pintu. Tanganku memulas tombol.

"Apa ni Mami? Eiva baru je nak menikmati keindahan malam. Lagipun Eiva baru je sampai tadi. Penatlah mi. Nak rehat. "rengekku dengan muka monyok meminta belas kasihan daripada Mami.

"Eh anak dara sorang ni. Mami panggil lembut-lembut kamu tak dengar. Tu la termenung je kerja. Mami ni dari pagi sampai sekarang ok je. Yang Eiva ni baru naik pesawat dan bas je pun dah penat. Kamu ni masih muda la nak oi. Belum rasa apa yang Mami rasa. Belum tahu rasanya urus rumah tangga. Dah kawin nanti baru kamu tahu betapa susahnya layan karenah suami dan anak-anak kamu. Dah dah. Takyah layan sangat penat tu. Meh tolong Mami masak. "bebel Mami. Aku mula menarik muka.

Aku buat endah tak endah je bebelan Mami. Dah masak beno dengan perangai Mami yang suka sangat membebel.

"Yelah yelah. Dadi dah sampai ke? "soalku sambil menjenguk ke arah ruang tamu.

Mami melangkah meninggalkan aku. Pertanyaanku dibiarkan sekejap. Bagai lipas kudung aku mengejar Mami.

"Tu lah. Terperap dalam bilik. Dadi pulang tak pulang pun tak tahu. Ish.. Kejap lagi pulanglah Dadi kamu tu"bebel umi lagi. Tak sah seharian mami tak membebel. Aku hanya mendengus perlahan.

Sesampainya aku di dapur, bahan-bahan untuk dimasak sudah pun tersedia,tinggal nak masak.

Tanganku ligat mengerjakan apa yang patut. Kalau bab masak memasak ni akulah yang jadi chef. Siapa yang ajar aku memasak? Tentulah Mami. Ada pepatah melayu kata bagaimana acuan begitulah kuihnya. So, itu akulah kan. Betoi ke idok?

Kedengaran bunyi tapak kasut menaiki tangga simen rumah diikuti dedaun pintu yang ditolak perlahan-lahan. Munculah kelibat sang bapa.

Dadi terus melabuhkan punggungnya pada kerusi yang membelakangi dapur. Muncul ideaku untuk mengejutkan Dadi.

Aku mengendap perlahan-lahan ke arah Dadi. Tanpa sebarang bunyi. Setelah mencari posisi yang sesuai, aku terus menerkam bahu Dadi. Kelihatan riak Dadi terkejut sedikit sambil menoleh ke arah aku yang sedang ketawa kegelian.

"Ketawa pula dia. Macamlah lawak sangat. "kata Dadi lalu menjeling sementara membuka kasutnya.

"Dah kenapa anak abang tu ketawa sampai macam tu sekali tu bang? "tanya Mami yang baru sahaja keluar dari bilik mungkin terdengar aku ketawa kuat sangat.

"Dia kenakan abang tadi. Tu lah jadi macam tu. Kanak-kanak riang betul. Anak awak la ni. "perli Dadi.

"Takpelah Dadi. Asalkan hati bahagia gitew. Dadi jeles ke Eiva ketawa macam ni? Bukan susah pun ketawa. Dadi ikut apa Eiva cakap. Ha. Ha. Ha. Ha. Hahahaha"sindirku pada dadi. Dadi dan mami hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagatku.

"Dah la tu Eiva. Dah masak ke? "tanya Mami. Aku hanya senyum kambing. Faham-fahamlah apa maksudnya. Mami terus bercekak pinggang dengan riak yang dibuat-buat garang.

"Ok ok. 10 minit. Jap ye. "kataku lalu terus ke dapur tanpa menoleh.

Makanan ku hidang di atas meja kayu. Tanpa dijemput Mami dan Dadi barjalan mendekati meja. Makanan dijamah dengan penuh selera.

*****

"Eiva, Mami dan Dadi nak bincang sesuatu dengan Eiva. Meh sini jap. "pinta Mami lembut. Aku hanya menurut. Aku duduk berhadapan Mami dan Dadi. Tengok riak mereka macam lain je.

"Karja Eiva kat KL ok? "tanya Dadi lembut.

"Ok je. Semua pekerja baik dengan Eiva jadi senang sikit. "jawapku dengan senyuman.

"Eiva sekarang dah umur berapa? "tanya mami. Aku hairan dengan soalan mami yang terlebih KBAT ni. Keningku mula bercantum.

"Eh? Anak sendiri pun lupa umur? Bahaya Mami ni. Eiva sekarang dah nak masuk 24 la Mami. "kataku dengan wajah cemerut.

Sakit hati aku Mami tak ingat umur aku. Nasib umur, kalau nama aku pun Mami tak ingat,entahlah. Mungkin besok keluar berita 'wanita bunuh diri gara-gara Mami lupa nama anaknya'.

"Mami tahu la. Bukan saja-saja Mami tanya ni. Hmm. " ujar Mami. Lambat Mami berkata-kata. Mungkin sedang menyusun kata-kata yang nak dikatakan. Mami memandang aku.

"Mami. Napa ni Mami? Apa yang Mami nak cakap ni Mami? Macam susah hati je nak cakap. "rengekku perlahan.

"Begini nak. Dadi dan Mami ni dah tua. Eiva satu-satunya anak perempuan Dadi dan Mami. Dadi dan Mami nak lihat Eiva bahagia. Dadi dan mami ni nak rasa sangat menimang cucu sebelum kami pergi dari dunia ni. Eiva faham kan apa yang Dadi nak sampaikan? "jelas Dadi. Terkesima aku mendengar kata-kata Dadi. Aku melihat Mami. Mata Mami mulai berkaca-kaca.

Aku tak dapat membendung kesedihanku. Ada manik-manik putih menempiasi pipiku. Aku mendekati Mami dan Dadi lalu memeluk mereka dengan erat sambil menangis tersedu-sedu.

"Mami,Dadi. Eiva tak suka Mami dan Dadi cakap macam ni. Tolong ye Mami, Dadi. Jangan dah cakap macam tu. Eiva tak suka dengar. Ok. Eiva akan cari bakal suami untuk Mami dan Dadi nanti. "kataku apabila tangisanku mulai reda sambil meleraikan pelukan. Kelihatan Mami menggeleng.

"Tak. Bukan Mami dan Dadi nak paksa Eiva kawin cepat. Biarlah cinta yang ikhlas terbit dari hati Eiva yang paling dalam. Itulah cinta yang sejati. "terang Mami lembut sambil mengusap pipiku yang basah. Aku hanya mengangguk.

*****

Aku kembali menghadap langit indah. Bulan dan bintang-bintang telah diselimuti awan kelabu. Angin malam terasa seperti membelai hatiku.

Biarlah cinta yang ikhlas terbit dari hati yang paling dalam. Itulah cinta sejati...

Kata-kata Mami dan Dadi masih lagi terbayang-bayang di benakku. Kata-kata mereka memang benar. Tak sanggup aku menolak harapan mereka. Namun, sudah bersediakah aku? Siapalah gerangan lelaki yang teringinkan aku yang kampungan macam ni?

Usah PergiWhere stories live. Discover now