EPISOD 35

105 10 8
                                    

Dalam sebuah cafe ,seorang pemuda sedang menikmati minumannya sambil sesekali melihat telefonnya.

Kemudian kelihatan seorang wanita mendekatinya kemudian mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan pemuda itu.

"You nak tak tolong I? In the same time I pun akan tolong you. "Soal wanita itu.

"Tolong apa? "Kata pemuda itu sambil mengangkat muka.

"Tolong I putuskan hubungan antara Eiva dengan Nick. "Jawabnya dengan senyuman jahat. Pemuda itu terdiam seketika sambil merenung anak mata wanita itu dalam-dalam.

"Aku tak nak tolong kalau ada sangkut paut dengan Eiva. "Balas pemuda itu dan kembali melihat telefonnya.

"Why? Bukan you cintakan Eiva tu separuh mati? "Soal wanita itu dengan perasaan bengang sedikit.

"Yes, I do love her. But aku lebih rela lihat Eiva bahagia dengan lelaki lain daripada lihat dia menderita. "Jawab pemuda itu lembut. Wanita itu mengeluh dengan sedikit kuat.

"Uh.. Come on.. You ni selalu jadi orang yang kalah. I tengok you ni macam lelaki lembik nak mampos. You tak boleh jadi orang yang selalu kena cop pengalah. Think is about your future. If I got Nick, you will get yours. So, this is a win-win game. "Pujuk wanita itu. Terselit juga sindiran supaya pemuda itu bersemangat untuk mempertahankan haknya.

"I don't want to hurt her. "Ujar pemuda itu dengan alasan lain pula.

"It's not about hurting her. It's about saperating them. You know what I mean."kata wanita itu yang berusaha menyakinkan dia. Pemuda itu diam sekali lagi kemudian mengeluh.

"Nampaknya aku sampai bila-bila tak dapat move on daripada Eiva. Let me think first."jawab pemuda itu dengan sengihan.

"Don't take so much time to think. Nick akan keluar dari hospital soon. I will help you,okay?"balas wanita itu serius sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda setuju. Pemuda itu pada mulanya teragak-agak namun akhirnya membalas huluran wanita itu.

Kelihatan melalui mata wanita, terdapat api kebencian yang berkobar-kobar. Kini, pemuda itu juga terpedaya oleh pujukan wanita itu.

Tekad mereka sama, iaitu untuk mengambil semula hak mereka dengan cara memutuskan hubungan Eiva dengan Nick.

*****

Aku memasukkan pakaian-pakaian Nick ke dalam beg yang sederhana besar.

Semalam aku dan Eric ada bertanya kepada doktor mengenai kesembuhan Nick. Doktor itu kata Nick sudah 99% sembuh dan boleh dibawa pulang dan hari ini ialah hari kepulangan Nick.

Mengenai Eric pula, dia boleh pulang tetapi mesti selalu ke hospital untuk memeriksa tulang kakinya sama ada sudah sembuh atau belum.

Setelah selesai mengemas, aku melihat sekeliling untuk memastikan bilik wad bersih dan tiada yang tertinggal. Kedengaran telefon Nick berbunyi.

"Hello? Pak cik dah sampai? "

"Okey. Kitorang pun dah siap kemas. Pak cik tunggu je. "

Nick mematikan panggilan. Kemudian, dia berdiri perlahan-lahan diikuti erangan perlahan sambil memegang dadanya.

"Awak dapat berjalan? Kalau tak saya ambil kerusi roda. "Soalku risau.

"Takpe. Sakit sikit je ni. "Jawab Nick dengan senyuman nipis. Aku mengangguk.

Aku, Nick dan Eric perlahan-lahan keluar dari wad dan menuju ke pintu keluar hospital. Kemudian,kami memasuki perut kereta yang diparkirkan tepat di hadapan pintu keluar.

Kereta dipandu perlahan keluar dari perkarangan hospital. Dalam perjalanan, pak cik pemandu ada juga memulakan bicara namun dibalas pendek oleh Nick dan akhirnya kami masing-masing mendiamkan diri sementara menunggu tiba di rumah Nick.

Setibanya di rumah Nick, kami disambut dengan senyuman hangat oleh Dato Daniel dan bibik.

"Bibik, tolong buat teh untuk mereka. "Arah Dato Daniel kepada bibik. Bibik hanya mengangguk faham dan terus berlalu Ke dapur.

"Ian, how are you? "Soal dato lembut.

"As you can see dad. "Jawab Nick dengan sedikit dingin. Masih dipendam perasaannya sejak dia dan daddynya bertengar di office. Riak wajah Dato Daniel berubah sedikit.

"And you, Eiva? How are you? Ada masalah dengan kerja? "Soalnya kepada aku dengan senyuman tawar.

"Saya baik, dato. Kerja pun saya dah handle walaupun banyak. "Balasku dengan ramah dan membalas senyuman beliau.

Bibik sampai dengan membawa dulang yang dipenuhi gelas berisi teh. Setelah mengedarkannya, bibik berlalu ke dapur.

"Nick Adrian. Daddy nak cakap sesuatu. "Ujar Dato Daniel sambil memandang tepat wajah anaknya itu.

"Daddy rasa kecewa, marah,dan sedih kepada diri sendiri apabila nampak kamu macam ni. Daddy sedar daddy tak pimpin kamu menjadi anak yang baik dahulu. Lebih-lebih lagi selepas mommy meninggal. "Kata Dato Daniel dengan penuh perasaan.

Aku dapat melihat kesungguhan kata-kata Dato Daniel melalui matanya. Pada matanya, kelihatan kilauan yang meyakinkan beliau kecewa yang amat sangat.

"Daddy, tak perlu jadi sensitif sangat boleh tak? Dalam hal ni, Ian sendiri yang pilih untuk jadi macam ni. Ian tahu Ian seorang anak angkat yang tak kenang jasa orang tua. Ian ni jahat dan ditakdirkan untuk menjadi jahat. "Jawab Nick dengan nada tinggi sedikit. Eric segera menepuk-nepuk belakang Nick tetapi ditepis oleh Nick.

"Jangan pernah kata macam tu. Tiada seorangpun yang Tuhan takdirkan untuk menjadi jahat. Walaupun kamu kata kamu jahat, kamu pasti dapat berubah. Kamu mesti berubah demi Tuhan. "Balas Dato Daniel separuh merayu. Nick berpeluk tubuh sambil tersengih.

"Yelah tu. "Kata Nick kemudian meneguk habis teh yang sudah menjadi suam.

"Daddy putuskan, Ian perlu khawin dan daddy dah ada calon. "Kata Dato Daniel dengan senyuman menyebabkan kami bertiga memandang sesama sendiri dengan perasaan terkejut.

Usah PergiWhere stories live. Discover now