EPISOD 12

102 12 2
                                    

Tak guna punya Nick Adrian! Dah dia yang paksa aku ikut dia pergi NY a.k.a New York, dia suruh aku sendiri jalan ke airport?! Nasib baik kawan aku sorang ni, si Arianna sudi hantar aku ke airport. Tapi, dia tak dapat teman aku. Tapi sudah memadai pertolongannya kepadaku.

Pakaian aku casual as usual je dengan messy bun.

Aku menarik luggageku yang sederhana besar dan mula mencari kelibat seseorang di tempat menunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku menarik luggageku yang sederhana besar dan mula mencari kelibat seseorang di tempat menunggu. Tiba-tiba kepalaku ditunjal kuat dari belakang.

Aku menggosok kepalaku. Bukan main sakit dia tunjal. Aku menoleh ke belakang dengan perasaan marah.  Siapa lagi kalau bukan Nick Adrian yang annoying tu.

"Lambat! Aku kata kau mesti sampai di sini pukul 1 TEPAT! Ni dah jam berapa? "marah Nick Adrian nadanya sedikit tinggi tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

"Pukul 1:07 ."jawabku selamba. Aku dah tak berapa takut sebab dah biasa kena marah dengan dia ni.

"Kau dah tak takut aku ye? Tunggu kau nanti. "ujarnya perlahan. Aku hanya diam. Seram aku dengar. Gara-gara mulut ni yang main cakap je, hah nanti aku sendiri yang kena.

"Ni. Aku dah beli tiket untuk kau. Nanti, gaji kau aku kurangkan. "ujar Nick Adrian sambil menghulurkan tiketku. Namun, mataku tepat memandang dia. Dia kurangkan gaji aku? Kenapa pula?

"Untuk pelepasan ke New York,sila ke ruang pemeriksaan sekarang. Untuk pelepasan ke New York,sila ke ruang pemeriksaan sekarang."

Nick Adrian mula berjalan ke arah kaunter until membuat check in. Aku mengikutinya dari belakang dengan perasaan yang bengang.

"Eh?! Kenapa pula awak nak kurangkan gaji saya? "tanyaku sedikit marah sementara berjalan di belakang Nick Adrian.

"Of courslah.  Aku yang beli tiket untuk kau.Kau mesti bayar balik. Kau ingat free ke? "kata Nick Adrian dengan nada sedikit angkuh.

"Berapa ni? "soalku lagi sambil mengangkat tiket yang berada pada genggamanku.

"Tak mahal. Myr 2,983 je. Tapi disebabkan syarikat ada kontrak dengan Salah satu investor New York,mereka sponser sikit. So, that's mean kau tak semestinya bayar RM 2,983 tu."jawabnya dengan nada yang masih sama. Terlopong Aku mendengar.

"So berapa saya nak bayar?"soalku.

"Ermm... About RM 1,483 only."jawabnya selamba sambil menunjukkan sengihan.

"Shet! Tak mahal awak cakap? Gaji saya RM 2,000 je. Lepas tolak,gaji saya tinggal...RM 517 je ! "kataku dengan nada tinggi tetapi terkawal.

"So what? You're late! Tanggung sendiri. Tapi,aku ni ada perasaanlah.Takkan aku na tolak sekaligus? Use your brain, rube girl." balas Nick Adrian menyampah sambil menghulurkan tiketnya kepada pekerja di kaunter. Aku berbuat sama. Aku hanya mampu menjeling.

Nasib kami orang pertama ke kaunter. Tak payah susah-susah beratur. Kami berjalan ke arah kapal terbang yang terletak kira-kira 300 meter dari kami.

"Baru beberapa minit lambat pun. Dasar orang kaya."gumamku perlahan.

"What did you say?"soal Nick Adrian. Dia berhenti lalu merenung Aku dengan renungan yang tajam.

"Hah? Erk..I said..Besarnya kapal terbang ni..Ha.."jawabku sambil berpura-pura teruja melihat kapal terbang. Takut-takut dia buli aku secara berlebihan nanti. Hish.

"Of course rube people never enter an aeroplane. Sakai."sindir Nick tanpa menoleh.

Tak habis-habis menyindir je kerja dia ni. Haish. Nasib baik dia ni garang. Kalau tak, baru kau tau perangai Eiva Jane yang sebenar.

Kami memasuki perut kapal terbang kemudian terus mencari tempat duduk. Setelah memasukkan luggage ke dalam tempatnya, Nick memberi aku ruang masuk ke bahagian tempat duduk dalam iaitu berdekatan jendela. Dia pula duduk di sebelahku. A bit awkward.

Aku rasa sangat gembira sebab inilah first time dalam seumur hidup aku dapat masuk kapal terbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rasa sangat gembira sebab inilah first time dalam seumur hidup aku dapat masuk kapal terbang. Bukan tu je, first time akan menjejakkan kaki di negara orang putih. Negara idaman aku. Negara New York!

Sepanjang pejalanan,maksud aku sepanjang waktu aku berjaga,telefonku Tak pernah aku lepaskan. Apa yang aku buat? Selfielah! Apa lagi? Sesekali Nick memerhati aku.Tapi aku tak hiraukan. Aku nak simpam memori bersejarah aku ni untuk dijadikan kenangan.

"Kau ni takde kerja lain ke? Aku tengok dari tadi selfie je. Meluat aku tengok."ujar Nick sambil membuat muka menyampah.

"Kerja apa lagi saya nak boleh buat kat sini? Kalau boleh masak,lama dah saya pergi masak."balasku dengan nada sedikit memerli.

"Our trip takes about 21 hour and few stops. So,daripada kau selfie, bagus kau tidur. Lagipun, kalau cantik macam Meghan Fox takpe juga tapi ni muka dah lah sebiji macam makcik yang tinggal kat belakang rumah aku je.u. Tak yah nak minta puji selfie bagai." kutuk Nick.

"Eeiii! Awak minat Sajat ke?"soalku sambil menunding tepat ke arah muka Nick kemudian aku ketawa mengejek.

"Ada aku cakap? Tak baik fitnah. Dosa kau tau?"balas Nick dengan suara berlagak innocent.

Aku menjeling pada dia. Dia membalas dengan membesarkan matanya. Memang tak dapat dikalahkanlah tuan aku ni. Asyik nak menang je. Memang merana hidup perempuan yang jadi bini dia ni. Tak tenang hidup.

"Kalau bukan selfie, mengelamun."ujar Nick secara tiba-tiba. Terkejut aku. Ingatkan dah tidur tadi.

"Yang awak ni kenapa?"tanyaku bengang dengan Nick. Suka kacau daun. Malas aku nak layan dia ni.

"Aku cakap tadi tidur. Kalau aku suruh tu buat jelah!"marah Nick dengan nada sederhana tinggi.

Aku memang tak boleh lawan kalau dah jadi macamni. Aku menangguk perlahan kemudian memusingkan sedikit badan aku supaya membelakangi dia.

Nick Adrian ni kalau dia bergurau,bergurau juga. Kalau menyindir,menyindir juga. Tapi bila marah,memang dia marah. Aku tak boleh kata apa-apa. Tak pasal-pasal kena tengking karang. Siapa yang malu? Aku juga.

Minit Demi minit berlalu. Tubir mataku mulai berat. Sudah beberapa kali aku menguap. Kelihatan Nick sudah nyenyak di sampingku. Comel pula cara dia tidur, macam baby. Ish ish! Fikir itu pula. Ni la kalau tak tahu nak buat apa. Oleh kerana aku pun dah mengantuk sangat, aku tidur jelah.

Semoga sepanjang perjalanan aku dan Nick Adrian ke New York akan sentiasa selamat.

Usah PergiWhere stories live. Discover now