Dua hari lalu, doktor telah membenarkan dadi pulang ke rumah. Dadi kelihatan sudah sihat walaupun belum sembuh sepenuhnya. Aku amat bersyukur kerana tidak berlaku apa-apa yang buruk pada dadi dan kami sekeluarga.
Hari ini juga ialah hari kepulangan Nick Adrian dari New York. Aku agak dia akan sampai di lapangan terbang pada waktu tengah hari atau senja.
"Eiva. Ni termenung je kerja ni dah kenapa? Dah jam berapa ni? Tak lewat ke pergi kerja? "Sentak mami mengejutkan aku.
Aku mengerling ke arah jam tanganku. 7:05 pagi! Oh mai gad!
"Hah?! Ya ampun! Eiva jalan dulu! "Ujarku setelah meneguk habis teh panasku.
Aku berlari kecil keluar ke perkarangan rumah. Nasib baik aku dah telefon grab. Tak lah juga lambat sangat.
*****
"Eiva, come on to my room. "
Arah Dato Daniel melalui interkom.Aku segera ke ruangan Dato seperti yang diarahkan.
"Have a sit. "Arahnya lagi. Aku mengangguk lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Dato Daniel.
"Ada apa Dato panggil saya? "Soalku dengan hormat. Beliau tersenyum.
"Dah tiga minggu kamu menjadi personal assistant Nick Adrian. How is it? "Tanya Dato sambil menaip sesuatu pada papan kekunci komputernya.
"Okey je Dato. "Jawabku ringkas.
Aku tidak mahu kejadian-kejadian yang aku alami terucap secara tidak sengaja. Penyelesaiannya ialah kurangkan bercakap.
Kelihatan wajah Dato Daniel berkerut. Mungkin tidak percaya apa yang aku cakap.
"Are you sure, Eiva? How about at the New York? Is everything fine? "Soal Dato sekali lagi untuk meminta kepastian."Y-yeah... Everything is fine. Of course he cursed me little bit but it is not too much. I can handle it. "Tipu ku dengan senyuman tawar hanya untuk melegakan hati Dato Daniel. Lagi pun aku tak nak memperburuk lagi keadaan.
Dato Daniel tersenyum mendengar pernyataanku.
"Okay if that so. I trust you. If you got something to tell me, please come. Got it? You may continue your work."arah Dato Daniel dengan dada yang lapang.
"Got it! Thanks Dato." Balasku lalau meninggalkan Dato Daniel.
Dalam perjalanan ke ruanganku, aku terserempak Nick Adrian. Eh! Tuan Nick Adrian. Aku ingat dia akan tiba pada tengah hari.
Kelihatan dia sedang menyelak beberapa fail yang mengandungi dokumen. Aku hanya memandang lantai semasa berselisih dengannya.
"Don't you ever open your mouth about what has happened. "Ugut Tuan Nick perlahan tanpa memandangku. Aku hanya berlalu tanpa sebutir kata.
Kalaupun Tuan Nick Adrian sendiri tidak mengarahkan seperti itu, aku sendiri tahu apa yang aku mesti dan harus lakukan.
Setibanya aku di ruanganku, Nelldon, si ketua bahagian graphic design menyambut aku dengan senyuman manis. Ni pun satu hal juga. Kenapalah dia di sini?
"Hello Eiva. How is your trip? "Sapa Nelldon sambil matanya tertumpu pada aku.
"Hey. Yeah. Fine. "Jawabku acuh tak acuh. Dia kini duduk pada mejaku.
"May I ask you a question? "Tanyanya sambil bermain dengan penku. Aku mengangguk perlahan.
Aku tidak seberapa mengendahkan dia. Aku segera membuka komputerku dan segera menyembung kerjaku yang tertunda.
"Do you have boyfriend? "Soalnya lagi. Aku menggeleng. Mataku masih fokus pada kerja.
"Good! Can you help me? "Tanyanya lagi. Aku mengangkat bahu tanda tidak pasti dapat bantu atau tidak.
"Can you be my girlfriend? Actually, my 'fake girlfriend'? "Soalnya. Jari jemariku terhenti dan kini mataku tertumpu padanya dengan wajah berkerut.
"Eh? Why me? Fake? What do you mean? " Soalku bertubi-tubi. Wajahnya seperti meminta simpati.
"There's an annoying girl chasing me. Dia kata dia suka saya. But I really don't like her. So, maybe if you be my 'fake girlfriend', she will stop chasing me. Please... "Rayu Nelldon sambil menyusun jari meminta belas kasihan.
"I ... Don't know about this. I'm no"
"Alaaaa.. Please... "Rayunya lagi memotong percakapanku.
"Eiva, make me a latte full cream now! "
Arah Tuan Nick Adrian melalui interkom.Aku mendengus perlahan. Entah bila kerjaku yang tertunda-tunda ni dapat aku siapkan dalam masa beberapa jam.
"Sorry Neo. I need to go now. Bye. "Kataku lalu meninggalkan Nelldon seorang diri.
Setelah selesai membancuh late yang dipesan Tuan Nick, aku terus ke ruangannya.
"Come on in! "Arah Tuan Nick yang sedang berdiri menghadap jendela.
"Ni minuman yang Tuan pesan tadi. "Ujarku kemudian meletakkan secawan latte ke atas mejanya yang sedikit berselerak.
"I don't like it, Eiva! "Kata Tuan Nick dengan tegas tanpa menoleh. Kelihatannya mood Tuan Nick tak bagus.
"Wha-what do you mean, Tuan? "Soalku sedikit gugup kerana takut.
"I don't like to see you with that bastard! " jawab Tuan Nick kemudian memandang ke arah aku dengan pandangan tajam.
"Saya tak faham siapa yang tuan maksudkan. "Balasku perlahan sambil membalas renungannya.
"Get out, now! "Tengking Tuan Nick sehingga kelihatan urat-urat lehernya tegang dan wajahnya menjadi merah.
Aku tersentak mendengar tengkingannya kemudian berlalu keluar dari ruangannya. Apa maksudnya? Siapa 'bastard' tu? Adakah dia memaksudkan Neo? But why? Banyak pertanyaan yang sedang berlegar-legar di dalam kepala otakku.
Huhh.. Aku tak tau apa yang sedang berlaku sekarang ni. Biarlah. Aku kemudiannya menenangkan diri dan kembali menyelesaikan tugasan yang tertunda sebanyak dua kali itu. Aku terus lupa akan tengkingan Tuan Nick.
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...