EPISOD 6

108 14 4
                                    

"Kamu buat je apa yang dia arah. Tapi kalau arahan dia tu keterlaluan, kamu bagitahu saya. Faham? "soal Dato Daniel dengan tegas.

"Saya faham Dato. Kalau ada apa-apa, saya inform Dato. Saya pergi dulu, Dato. "kataku dengan penuh keyakinan. Dato Daniel mengangguk. Aku melangkah keluar dari bilik dan berjalan ke arah meja yang telah dikhaskan buat aku.

Hari ni hari pertama aku jadi PA Tuan Nick Adrian. Apa yang akan berlaku selepas ini? Aku pun tidak tahu. Aku hanya perlu mengerjakan tugas yang akan diberikan. Aku mulakan hariku dengan fikiran positif.

"Eiva Jane. Ke ruangan saya sekarang. " kata satu suara tegas melalui interkom. Siapa lagi kalau bukan bos baru, Tuan Adrian.

Aku menghela nafas untuk menenangkan diri supaya tidak gugup apabila berbicara dengan dia. Aku segera melangkah ke arah bilik Tuan Adrian yang berada bersebelahan dengan mejaku. Aku menolak perlahan pintu kaca.

"Ada apa Tuan Adrian? "kataku bersemangat. Tuan Adrian memerhatiku seketika kemudian membelek-belek beberapa keping fail sederhana tebal.

Mak ai! Takkan dia nak suruh aku buat dokumen dengan fail-fail yang banyak lagi tebal tu? Mati aku.

Tuan Adrian meletakkan fail-fail tersebut ke tepi meja lalu melihat aku dengan wajah tenang.

"Saya nak awak buatkan saya latte lebih krim sekarang. Saya bagi awak masa 3 minit. Faham? "arahnya dengan tegas.

What? Seriously? Aku ingat dia suruh aku buat dokumen. Tau-tau buat kopi je?
Aku sekadar mengangguk mengerti lalu keluar dari biliknya.

Setelah selesai, aku segera membawa latte lebih krim kepada Tuan Adrian. Kelihatan Tuan Adrian sibuk bercakap-cakap dengan seorang lelaki. Mungkin salah seorang pekerja di sini. Aku menolak daun pintu dan melangkah ke dalam.

"Kau lambat 2 minit! "tengking Tuan Adrian kepadaku. Terkedu aku dimarahi sebegitu. Lelaki tadi hanya memerhati dengan hairan.

"Sorry Tuan Adrian. Tapi tadi air panas dah habis. So, sa... "

"I don't care! Meh sini latte tu! "tengkingnya lagi. Aku segera memberinya minuman tersebut.

Secara tiba-tiba dia melempar minuman tersebut dan pecah kerana terkena almari kaca. Aku tersentap dengan tindakan Tuan Adrian yang panas secara tiba-tiba. Tubir mataku mulai panas. Aku menundukan muka kerana takut melihat wajah Tuan Adrian yang merah itu.

"Kau keluar dan buat satu lagi. Tapi pastikan kau tak terlambat! Ingat latte lebih krim dalam masa 3 minit. Lepastu kau lap minuman tu sampai lantai tu licin! "arah Tuan Adrian dengan nada yang masih sama.

Aku akur dengan arahan walaupun sakit hati aku diperlakukan begitu. Mami dan dadi pun belum pernah tengking aku. Aku bukannya lambat tak bersebab. Huh.. Takpelah. Aku anggap je hari ni bukan buatku.

Kali ini aku akan pastikan aku tak buat kesalahan yang sama.

Tuan Adrian masih lagi bercakap-cakap dengan lelaki tadi. Aku menolak pintu dan memberikan minuman tersebut kepada Tuan Adrian.

Kemudian aku lap minuman yang ditumpahkannya tadi sampai licin permukaan lantai tu aku buat. Setelah selesai, aku berdiri menunggu arahan seterusnya.

Tuan Adrian hanya menjeling ke arahku. Kemudian memberi isyarat supaya aku keluar. Aku mengangguk mengerti lalu keluar dari bilik. Aku kembali ke meja aku dengan hati yang sedikit lega.

Baru aku tahu yang dia ni seorang yang menepati masa. Takpe. Aku anggap tengkingan tadi sebagai disiplin untuk aku. Lain kali aku akan menepati masa.

*****

"Weh. Dah lama tunggu? Sorry la sebab tadi banyak sangat pelanggan kat butik. "sapa satu suara dari belakang. Tanpa aku menoleh, aku dah tahu siapa. Arianna. Dia segera mengambil tempat di depanku lalu membuat order dengan salah satu pekerja.

"Takpe. Aku pun baru je sampai. "kataku perlahan. Arianna hairan melihatku yang seperti tidak bermaya.

"Eh? Kau ni kenapa? Mata kau kenapa merah? Baru habis nangis? Kenapa kau nangis pula? "soal Arianna bertubi-tubi.

"Tadi aku kena tengking dengan Tuan Adrian. "jawabku selamba sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutku.

"Sebab?"tanyanya lagi dengan nada yang sedikit tinggi.

"Huh.. Begini ceritanya. Dia suruh aku buatkan dia minuman dalam masa 3 minit. Aku ok je. Pastu bila aku tekan butang untuk air panas pada filter tu, air suam pula yang keluar. Rupanya belum mendidih lagi air tu. Lepastu, aku tunggu entah berapa minit. Selesai je buat, aku hantarlah. Pastu dia marah aku sebab lambat. "ceritaku panjang lebar. Kelihatan raut wajah Arianna berkerut mungkin dia juga tidak setuju dengan tindakan Tuan Adrian.

"Kau dah cakap ke yang air tu belum mendidih? "soalnya lagi.

"Dah. Tapi dia tak terima. Pastu kau tau apa dia buat? "jawabku.

"Apa?"tanyanya ingin tahu.

"Dilempar pula minuman tu pada almari. Habis pecah gelas. Pastu dia suruh aku ambil lagi satu dan lap lantai tu. Aku ikut je walaupun sebenarnya sakit sangat hati aku ni. "kataku dengan emosi. Wajah Arianna seperti marah.

"Melebih-lebih pula tuan kau ni. Baru lambat sikit pun nak marah. Kalau aku, hmm! Tak hingin aku ada bos macam tu. "ujar Arianna dengan marah.

"Entahlah dia tu. Biarkan la dia. "kataku selamba.

"Kau rasa kau dapat tahan ke kerja setiap hari dengan dia? "tanya Arianna apabila emosinya sudah reda. Aku menghela nafas berat.

"Ni tanggungjawab yang Dato Daniel beri kapada aku. Dia harap sangat yang aku ni dapat mengubah Tuan Adrian. Walaupun aku tak yakin, aku tak sanggup hampakan dia sebab dia kata dia sayang dengan Tuan Adrian. "jelasku dengan perasaan yang masih berbelah bahagi.

"Hok aloh. Kau tak yakin tapi kau setuju juga. "balas Arianna dengan nada sedikit keras.

"Apa boleh buat Arianna. Aku dah setuju. Jadi nak tak nak,aku harus menghadap Tuan Adrian setiap hari. "keluhku. Arianna hanya mampu menggeleng.

"Dah jam berapa ni? "tanyaku kepada Arianna. Dia mengerling ke arah jam tangannya.

"20 minit sebelum pukul 1."jawabnya kemudian meneguk jus oren yang dipesannya tadi. Makanan sudah dimakan.

"Okey. Jom gerak. "katanya selepas habis meneguk minumannya. Aku mengekorinya ke kereta.

*****

"Eiva Jane, sila ke ruangan saya."

Dato Daniel memanggil aku ke biliknya. Tapi kenapa? Pergi jelah.

Dalam perjalanan untuk ke bilik Dato Daniel, aku perlu melalui bilik Tuan Adrian. Ish! Dia lagi! Harap-harap dia tak sedar aku lalu depan bilik dia. Aku jalan je macam biasa.

Aku dapat lihat bayangan Tuan Adrian apabila aku jeling bilikya. Tapi macam pelik je. Aku menoleh ke arah Tuan Adrian tanpa disedarinya.

Terlopong aku melihat...

Usah PergiWhere stories live. Discover now