EPISOD 8

96 18 0
                                    

Gedebuk!

Sakitnya! Siapa pula yang buta sangat ni?! Kasar gila dia langgar, sampai aku jatuh pula tu. Siku aku terasa pedih. Aku terjatuh dalam pelukan orang itu.

Orang tersebut berada dibawahku sambil memeluk erat pinggangku. Kedua-dua tanganku di atas dadanya yang bidang. Kiranya aku tindih dialah. Wajahku hanya berada beberapa inci dari wajahnya. Nafasnya yang kurang teratur jelas kedengaran. Otakku ligat memproses tentang apa yang sedang berlaku. Aku seperti mengenalinya tapi aku lupa siapa dia kerana aku masih lagi dalam keadaan terkejut.

Mata kami bertembung... Seketika... Pelik. Macam aku kenal je. Jantungku mula berdetak laju. Bukan ke dia...

Aku terus bangun lalu membersihnya pakaianku. Dia juga berbuat sama sepertiku.

"Ke.. Kenapa Tuan Adrian kat sini?!"soalku kasar kerana perbuatannya tadi. Tanganku masih ligat membersihkan badanku.

"Ouch! "aku tersentuh pula luka pada sikuku. Tuan Adrian melihat siku aku luka kemudian dia menarik aku ke keretanya. Aku terkejut dengan tindakannya.

"Eh Tuan Adrian! Nak ke mana ni?! Lepaskan saya! "bentakku. Dia berhenti kemudian memalingkan mukanya ke arahku. Bengis. Terus aku diam.

"Just follow okay?! Aku tak akan apa-apakan kau. Takde manfaatnya pun. "marahnya sambil meneruskan langkah menuju ke keretanya. Aku hanya mengikut. Takut dimarahi oleh Tuan Adrian lagi.

Dia memberikan isyarat masuk ke dalam kereta. Aku tak membantah lagi. Kami bersama-sama memasuki perut BMWnya.

*****

Kereta berhenti tepat di hadapan pintu masuk sebuah banglo agam dua tingkat. Lidahku kelu malihat betapa indahnya rumah itu.

Tuan Nick Adrian menarik tanganku supaya aku mengikutinya masuk ke dalam banglo tersebut.

Setelah kami masuk, dia menyuruh aku duduk di atas sofa.

"Selamat malam,tuan. Perlu bibik hidangkan air untuk teman?"soal seorang perempuan gemuk pertengahan abad kepada Tuan Nick.

"Tak perlulah,bik. Dia melawat untuk sekejap sahaja. "Jawab Tuan Nick lembut kepada wanita itu. Wanita itu mengangguk mengerti kemudian berlalu ke lorong sebelah. Sempat juga kami berbalas senyuman. Tuan Nick pula berlalu ke dapur.

Mataku meliar memerhati setiap inci rumah tersebut. Mataku mengecam sesuatu yang berada di atas sebuah meja. Seperti pistol. Jutawan ke Tuan Adrian ni? Dahlah rumah secantik ni, koleksi pistol lagi tu. Bukan murah harga pistol, apalagi yang memang berjenama seperti yag digunakan oleh polis.

Tapi aku hairan. Kenapa ada pistol begitu banyak sedangkan rumah ni macam Tuan Adrian sorang je yang tinggal? Dia nak buat apa dengan pistol-pistol tu?

Sedang aku sibuk memerhati pistol-pistol tersebut, Tuan Nick Adrian kembali bersama kotak first aid dan semangkuk air suam.

Kemudian, dia terus bersila di atas lantai. Dia mengeluarkan kapas dari kotak lalu merendamkan kapas ke dalam air suam.

Dia mencapai lenganku dan melihat bahagian yang luka kemudian membersihkan lukaku menggunakan kapas lembap. Aku mengerang kesakitan. Tuan Adrian tidak menghiraukanku.

Setelah itu, dia mengeluarkan botol yang mengandungi cecair berwarna kuning lalu menitiskannya ke atas kapas yang kering.

Dia menekapkan kapas tersebut pada lukaku. Aku mengerang lebih kuat. . Tuan Adrian masih tidak menghiraukanku. Selepas itu, dia melekatkan 'handyplast' pada lukaku.

Setelah selesai, Tuan Nick Adrian berdiri lalu berlalu ke dapur semula.

Betulkah semua Ni? Kenapa Tuan Adrian baik, nak balut luka aku? Aku hairan dengan sikap Tuan Nick Adrian ni. Nak kata garang, memang garang. Nak kata baik, baik juga. Nak kata miang, itu semestinya. Atau mungkin aku yang terlebih negatif mengenai tuanku sendiri.

Tuan Nick Adrian kembali lalu berbaring pada sofa yang aku sedang duduk. Jarak kami hanya beberapa millimeter. Aku menjarakkan sedikit.

"Erk.. Kenapa tuan buat macam tu dengan saya? Maksud saya, nak balut luka saya? "tanyaku dengan hati-hati. Kena tengking karang.

"Nak lintas jalan tu guna mata, bukan guna lutut. Kalau aku tak selamatkan kau, esok RIPlah kau. "jawabnya tegas masih pada kedudukan yang sama.

"Eh? Kenapa pula? "tanyaku secara spontan. Dia membuka matanya lalu melihatku dengan tajam.

"Eh? Kenapa pula? "katanya mengulangi kata-kataku seperti manyindir aku. Aku terus berpeluk tubuh tak puas hati dengan dia.

"Hoi mak cik. Kereta nak langgar kau lah. Kalau dah tak reti nak lintas jalan, duduk kat kampung je. Eh.. Boleh tak kau berhenti tanya? Dahlah tak reti nak ucap terima kasih. "marah Nick Adrian dengan nada sedikit tinggi. Aku diam menikus. Ye tak iye juga.. Aku lupa cakap terima kasih tadi.

"Eh.. Terima kasih Tuan Nick Adrian.. "kataku lemah lembut. Nick Adrian menjeling.

"Tak payahlah berTuan sangat dengan aku. Aku tak kisah kalau kau sebut nama aku di luar waktu pejabat. Tapi kat office panggil aku tuan. Faham? "arah Nick Adrian.

"So saya nak panggil apa? "soalku dengan wajahku yang berkerut.

"Guna otak kau la. Aku kan ada nama. Panggil Nick ke? Adrian ke? Ian ke? Sayang ke? Darling Ke?"katanya sambil tersenyum senget. E'eh.. Lainnya dia ni.

"Ha.. Ye lah. Saya panggil awak Nick jelah. "kataku sambil memerhati Nick. Dia buat tak endah je. Maksudnya boleh lah tu kan?

"Erk.. N.. Nick.. Saya nak pulang. "kataku takut-takut tambah lagi tak biasa.

"Tidur je kat sini. Boleh juga kau jadi bibik aku"cadang Nick masih dengan senyuman sengetnya. Handsome juga tuan aku ni walaupun dia ni miang sikit.

Tapi biar betul dia ni! Tidur dekat sini? Now way! Seram aku dengar.

"Saya tak nak lah. "ujarku sedikit perlahan. Dia tersenyum sinis.

"Ada aku cakap betul-betul? Lagipun aku mana sanggup aku tengok kau tidur atas tilam aku. Rosak karang. Kau bukannya mampu ganti yang baru. Aku juga yang susah. "terangnya tanpa rasa bersalah. Siap sindir aku lagi. Memang mulut dia ni tak makan saman betullah.

"Meh. Aku hantar kau pulang. Tapi kat simpang je. "perlawanya. Ok la dia nak hantar pulang sebab dia yang paksa aku ke sini. Tapi masalahnya, kenapa sampai simpang je? Dahlah aku ni takut gelap. Kawasan simpang tu memang takde lampu jalan. Macam mana ni?

"Dah malam kot. Lagipun saya takut jalan malam. "balasku meminta belas kasihan. Nick membuat muka menyampah.

"Ada aku kisah? Tu hal kau. Pandai-pandai kau lah. "katanya tanpa menghiraukanku. Kemudian terus berjalan ke arah keretanya. Aku mengekorinya dari belakang.

Kereta bergerak perlahan meninggalkan halaman banglo dua tingkat.

Usah PergiWhere stories live. Discover now