EPISOD 23

71 16 0
                                    

Hari-hariku berlalu dengan penuh kegeraman, tekanan, kepelikan dan kecurigaan.

Pertama,hal si Neo. Aku bukannya tak suka tapi tak juga suka. Dia terlalu menggedik. Selalu saja berkepit dengan aku. Aku bukannya benci dia, tapi tindakan dia buat aku rimas. Rimas sangat! Beberapa kali juga aku nampak drama antara Neo dengan perempuan yang dikatanya sering mengejarnya. Drama sangat!

Kedua,hal Nick dengan Eric. Sebelum ni, Nick tanya pasal aku tinggal dengan siapa. Kini, Eric pun serupa seperti Nick. Eric pun beberapa kali bertanya tentang hal-hal yang dia tak perlu tahu.

Ada ke patut dia tanya tentang Sally? Kalau soalan biasa tu okey juga. Tapi dia terlalu serious bab Sally. Apa kaitannya dengan dia?

"Eiva, come to my room. "
Arah Tuan Nick melalui intercom.
Dengan penuh malas, aku berjalan longlai menuju ke ruangannya.

Kedengaran seperti Tuan Nick sedang berkata-kata dengan kliennya.

"Just tell the truth. We can't hold it anymore. "Kata kliennya. Sayup-sayup sahaja aku dengar tapi masih jelas kedengaran.

Suara tu macam suara Eric. Dia nak jumpa aku lagi? Naik fed up dah aku!

Pintu dibuka dari dalam secara tiba-tiba seperti mempersilakan aku masuk. Aku masuk ke dalam ruangan dengan perasaan sedikit kaget.

Nick mempersilakan aku duduk di hadapannya iaitu sebelah Eric. Aku memperhatikan wajah mereka, tapi mereka cuma buat kerja masing-masing. Aku dah mula naik geram.

"Tuan Nick, tadi awak panggil saya, sekarang kenapa diam? Kalau tak ada apa-apa, boleh saya teruskan kerja saya? "Kataku dengan nada geram sambil mula menangkat punggung.

"Okey! Baiklah! But, you must promise that you will not tell anyone, including your best friend! "Jawab Nick dengan sedikit keras. Aku kembali duduk.

Ni yang buat aku bingung. Lagi-lagi Sally. Lagi-lagi Sally. Apa kena mengena hal yang nak dibincangkan ni dengan Sally? Kenapa dengan best friend aku?

"Can you please straight to the point? " Pinta ku. Kelihatan Nick memberikan isyarat mata kepada Eric, mungkin menyuruhnya untuk memberikan penjelasan.

"I don't know how to start. Okey, okey. Actually, dahulu Nick ialah ketua Mafia. So am I. Ada satu kumpulan Mafia pemberontak yang dengki dengan kumpulan kami dan ingin membalas dendam lamanya. Saya dan Nick tahu awak tertanya-tanya apa kaitannya dan kenapa kami lakukan ini, right? "Jelas Eric.

Aku mengangguk dengan fikiran kusut.

"Sebenarnya, Sally ialah ketua pemberontak tu yang mahu balas dendamnya terhadap kami. "Jawabnya, kemudian berhenti supaya aku dapat menghadam sepenuhnya penjelasan Eric

"What?! Impossible! Saya kenal dia lebih daripada korang! That's not make any sense! "Bentakku. Bagi aku, penjelasan daripada Eric langsung tak masuk di akal fikiran.

Bagaimana mungkin seseorang yang berkenalan dengan seseorang minggu lalu, kemudian membuat cerita yang bukan-bukan mengenai orang itu?

"No matter what you're going to say, I know 'him' long  before you! "Cela Nick dengan nada kasar.

"What do you mean you know 'her' before me? "Soalku. Semakin bertambah persoalan dalam kepala otakku.

"You really want to know? "Tanya Eric meminta kepastian. Aku mengangguk laju.

"Sebenarnya, lama dahulu, kami bernaung di bawah satu pertubuhan Mafia. Sebelum ketua teratas kami mati, dia melantik Nick untuk ganti tempat dia. Selepas Sali tahu hal ni, dia marah sebab dia rasa dia yang paling layak menjadi Mafia terulung. Sebab itulah dia sangat berdendam terhadap Nick dan sesiapa yang menyokong Nick. "Cerita Eric mengenangkan kisah silamnya bersama Nick dan rakan-rakan seperjuangannya.

"Tapi kenapa tak selesaikan masalah tu terus? "Soalku memandangkan aku sedang berfikir secara rasional dan sepositif yang mungkin.

"Tak lama lepas tu, tercetus satu perlawanan. Sedang kami bertempur mati-matian, tiba-tiba polis datang untuk memberkas semua orang tapi Sali berjaya melarikan diri. Nasib baik kami pun dapat larikan diri. Pada masa itulah, mafia-mafia menetap di tempat-tempat terpencil dan perlu merahsiakan identiti mereka. "Sambung Eric lagi.

"Kejap! That means, Sally tukar gender untik sembunyikan identiti dia yang sebenarnya salah seorang mafia, sama seperti korang? It's hard to believe all these things! "Ujarku yang masih tidak percaya dengan suara yang sedikit kuat.

"It's up to you. One thing for sure, you must always beware. Lagi satu yang terpenting, jangan pernah sebut tentang hal ini atau nama kami depan Sali. Kalau dia tahu, ada kemungkinan bukan saja keselamatan kitorang terancam, awak juga akan terancam. "Pesan Eric dengan riak prihatin tercalit pada wajahnya.

"Eh?! Why me? Apa kena mengena saya dalam hal ni? "Tanyaku yang bertambah keliru.

"You don't need to know why. You just need to remember, do not ever talk about this if you want to stay alive! "Tegas Tuan Nick yang dari tadi hanya diam mendengar. 

"But, I need to know! "Balasku dengan nada tinggi.

"You can go out now!"Balas Tuan Nick dengan nada lebih tinggi sambil menunding ke arah pintu.

Aku masih dalam posisi duduk dengan perasaan yang berkobar-kobar terhadap Tuan Nick. Eric sedera memegang lenganku supaya aku berdiri dan menghantarku ke pintu.

Eric meminta maaf atas kelakuan Nick terhadapku dan hanya meminta aku tidak mengungkit kejadian sebentar tadi.

Usah PergiWhere stories live. Discover now