EPISOD 25

71 13 0
                                    

"So, ada laporan tentang hasil carian korang? "Soal seorang perempuan yang berpakaian dress pendek yang ketat dan pada genggamannya terdapat secawan wain merah.

"Ada. Kami sudah kenal pasti lokasi base mereka beberapa hari yang lalu. "Jawab salah seorang daripada lelaki-lelaki yang mengenakan pakaian samseng. Jawapan itu membuat perempuan itu menoleh dengan senyuman.

"Bagus. Nanti kau terus set dalam map. "Arah Sally mempersilakan lelaki itu memasukkan data-data ke dalam laptopnya.

"By the way, macam mana korang dapat cari? Aku tak terima alasan kalau korang dengar khabar angin yang entah dari mana. "Tanya Sally sedikit curiga dan menghentikan langkah lelaki itu.

"Tak. Kami sendiri yang spy mereka sehingga mereka tiba di satu gudang yang boleh tahan besar. Kami tunggu beberapa jam kemudian ada beberapa kumpulan yang masuk ke dalam gudang tu dan tiada orang keluar masuk selepas itu. Jadi, kami simpulkan itulah base mereka. "Jelas lelaki itu kemudian melaksanakan arahan yang diberikan tadi.

"Bagus. Tak sia-sia aku berkerjasama dengan geng-geng pengganas dalam deep web tu untuk latih korang. "Balas Sally sambil ketawa mengilai kemudian berhenti secara tiba-tiba.

Dia segera melangkah ke arah papan kenyataan dimana terdapat gambar Nick Adrian, musuhnya, yang ditusuk pisau tepat pada wajahnya.

"Tak sangka pula yang si Nick bodoh tu sememangnya bodoh. So pity. "Katanya sendirian sambil memandang sinis gambar tersebut kemudian kembali ketawa mengilai.

*****

Lagu 'climax' nyanyian Usher berkumadang menandakan seseorang sedang menelefon. Aku terpaksa menghentikan seketika tugasku until mengangkat panggilan. Nama Eric terpapar pada skrin.
'Apa hal dia call aku? 'Monologku dalam hati.

"Hello Eric? Apa hal? "Soalku sambil mengangkat kening.

"Hey Eiva. Busy ke? " Soalnya membalas soalanku.

"Taklah juga. Akan selesai kira-kira setengah jam lagi not. Kenapa? "Soalku lagi.

"Awak hari ni pulang jam berapa? " balas Eric tidak menjawab soalanku buat kali kedua.

"Awal rasanya. Dalam jam 7. Kenapa ni? "Soalku untuk kali yang penghabisan dengan nada geram.

"Saya sebenarnya nak ajak awak jalan-jalan. Boleh ke boleh? " jawabnya sambil membuat jenaka.

"Boleh je. Lagipun saya dah lama tak jalan-jalan. Jam berapa dan di mana? "Jawabku selamba bersama beberapa teka-taki dalam benakku.

"Bila awak dah siap, awak pergi je di tempat parking. Saya tunggu. Awak masih ingat kereta saya kan? Kalau tak ingat, cari je kereta yang paling mewah. Kereta saya lah tu. "Katanya dengan bangga.

"Ya lah. Jumpa nanti. "Jawabku untuk menamatkan perbualan. Kedengaran Eric ketawa perlahan dalam Italian.

"Bye dear. "Usiknya dengan nada romantik  sebelum memutuskan talian. Dengan terpinga-pinga aku meletakkan telefon pintarku ke atas meja.

Apa motif Eric nak ajak aku jalan-jalan? Dan apa pula motifnya memanggil aku 'dear'? Dahlah hati aku ni senang cair. Sabarlah wahai hati.

*****

Seperti yang dikatakan Eric,aku keluar dari bangunan syarikat dan terus ke tempat letak kereta. Dari jauh Eric sudah melambai-lambai seperti seorang kanak-kanak ke arah ku. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat comelnya.

"Hey Eiva. I ada belikan u minuman." katanya kemudian menghulurkan satu tin milo yang masih belum dibuka menggunakan tangan kiri manakala minum milonya menggunakan tangan kanan.

"Tak perlu ganti 'saya' jadi 'i' dan 'awak' jadi 'u'. Awkwardlah. Saya masih ada air. "Tolakku dengan sopan sambil mengangkat botol airku yang airnya masih ada separuh. Disebabkan perasaan kekok yang teramat sangat,aku sanggup menolak minuman kegemaranku.

"Ambillah. Kalau tak,kita akan stay disini sampai malam."ugutnya sedikit dengan membuat suara merajuk yang comel.

"Awak ni dah kenapa? Yelah yelah saya terima. Thanks."jawabku dengan tawa sambil menyambut tin minuman yang masih berada dalam tangan Eric. Eric turut ketawa.

Enjin kereta dihidupkan lalu kereta dipandu keluar dari kawasan bangunan syarikat. Masing-masing diam melayan peradaan sendiri.

"So, kita ke mana?"soalku setelah hampir setengah jam berlalu dan belum tiba di destinasi.

"Tunggu je la. Sabar okey? Kena ketuk kepala nanti. "Tegur Eric dalam nada memerli sambil tersenyum senget. Aku menjeling geram. Keadaan kembali sunyi.

"Nak tanya boleh? "Soalku memulakan perbualan.

"Tanya je. Belum tentu boleh jawab. "Jawab Eric sambil tersengih.

"Berapa umur awak? "Tanyaku.

"Kenapa? Nak pinang saya ke? Tak boleh la sebab dah berpunya. "Balasnya dengan nada kecewa yang dibuat-buat.

"Eiii... Bukanlah. Nak tau je la. "Kataku sambil berpeluk tubuh.

"Saya 26 tahun. Nick 25 tahun. Puas?"balas Eric selamba. Aku mengangguk walaupun Eric tidak melihatku.

Beberapa minit kemudian, kereta perlahan-lahan berhenti di sebuah taman berdekatan pantai.

Kami segera keluar dari kereta dan mula berjalan-jalan sepanjang pantai.

"Kenapa awak tiba-tiba ajak saya jalan-jalan? "Tanyaku terus terang kerana terlalu lama berteka-teki dalam hati.

"Tak boleh ke? "Sakat Eric dengan senyuman sumbing, tidak menjawab terus soalan yang aku ajukan.

"Tak lah. Cuma pelik. Baru kenal dah nak ajak jalan-jalan. "Jelasku dengan sedikit curiga.

"Sebenarnya, saya nak cakap tentang awak dan Nick. "

Usah PergiWhere stories live. Discover now