Aku berjalan ke ruanganku ditemani Neo yang ceria. Well, walaupun aku geram juga dengan gaya si Neo, aku mesti stay positive supaya hari ini menjadi lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.
Sedang aku melayan Neo yang sedang mencarut, kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap bertatu, berbaju hitam serta berkaca mata hitam berjalan menuju ruangan Nick. Tetapi setahu Nick belum sampai. Selalunya Nick tiba pada jam 7:10 pagi ,tapi sekarang baru jam 7:05 pagi.
Lelaki-lelaki itu ke ruanganku selepas Neo meninggalkan aku untuk memulakan kerjanya.
"Nick mana? "Soal lelaki yang sedikit pendek.
"Tuan berdua ada buat temujanji dengan Tuan Nick? Maaf, Tuan Nick belum tiba. " jawabku dengan sedikit takut.
"Kenapa korang di sini? Kalau ada orang curiga,macam mana? "Kata Tuan Nick yang muncul secara tiba-tiba dengan sedikit berang sambil menarik lelaki-lelaki itu masuk ke dalam ruanganku.
"Bos, kita cakap dalam bilik bos lah. "Kata lelaki yang tinggi kepada bosnya, Tuan Nick.
"Tak perlu. Dia dah tahu. "Jawab Tuan Nick sambil menjeling ke arahku. Aku pun balas dengan jelingan. Lelaki-lelaki itu pun menjeling ke arahku.
"Actually, kitorang rasa plan kita dapat dihidu oleh Sali. "Ujar lelaki yang tinggi.
"What?! Aku kata berwaspada dan hati-hati! Siapa yang cuai tu?!"marah Tuan Nick.
"Tiada seorangpun yang cuai. Tapi orang-orang Sali berani mati, bos. Masa kitorang satu kumpulan intip mereka di pekan, Sali hantar dua orangnya berjumpa kitorang semua. Dua orang tu tak cakap apa-apa tapi hanya jeling-jeling lepastu pergi ke salah satu kedai. Apabila kitorang tengok Sali, dia dah hilang. Kitorang pun pulang. "Jelas lelaki yang tinggi. Lelaki yang rendah mengangguk menyokong penjelasan rakannya.
"Huh! Tak guna! Mesti rosak rancangan kalau beginu! Sekarang ni, korang mesti lebih hati-hati. Suruh lebih banyak orang jaga base. Aku Dan Eric akan berbincang tentang ni. Sejak bila kejadian tu?" ujar Tuan Nick sambil mengurut dahinya.
"Sejak dua hari yang lalu, bos. "Jawab lelaki yang pendek.
"Ok. Korang boleh chau. "Arah Tuan Nick kepada dua orang lelaki itu. Mereka beredar tetapi Tuan Nick masih berada dalam ruangan aku.
Aku hanya diam memerhati. Nak cakap dengan Tuan Nick pun tak tau apa nak cakap.
Tuan Nick duduk di atas sofa sambil meramas rambutnya sehingga tidak menentu. Tiba-tiba dia memandang aku dengan pandangan tajam. Dia memberikan amaran untuk tidak memberitahu hal tersebut kepada Dato' Daniel sebelum dia beredar.
'Aku tau la. 'Gumamku perlahan kemudian meneruskan kerja.
Beberapa jam kemudian, Dato Daniel mengarahkan aku ke ruangannya melalui interkom. Nasib baik kerja aku dah nak selesai.
Aku mengetuk pintu kaca bilik Dato Daniel sebelum masuk. Kelihatan Dato Daniel sedang berdiri menghadapi cermin.
"Kenapa Dato panggil saya? Ada apa-apa masalah? "Soal ku yang masih tercegat berdekatan pintu. Lelaki separuh abad itu menoleh dan melemparkan senyuman.
"Take your seat first. "Katanya mempersilakan aku duduk.
"Actually, saya curiga lelaki-lelaki tadi. "Katanya sambil berpeluk tubuh.
'Mati aku! 'Desis hatiku.
"Erk... Lelaki-lelaki? Erk... Yang mana satu, Dato?"tanyaku dengan sedikit gagap walaupun aku telah berusaha untuk tetap tenang.
"Lelaki-lelaki yang datang jumpa Nick Adrian pagi tadi. You didn't notice them?" Soal Dato Daniel dengan nada tinggi sedikit.
Aku mula cuak apabila melihat lelaki yang aku sangat hormati itu naik darah.
"Dua orang lelaki tu? I know them,Dato."jawabku sedikit perlahan. Kedengaran Dato Daniel menghela nafas.
"I'm sorry,Eiva. As a personal assistant,you should take care about who he meet with. Okay? "Tegur Dato Daniel lembut. Aku mengangguk perlahan namun masih tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.
"Saya harap awak jawab dengan jujur. Siapa lelaki-lelaki itu? "Soal Dato kepadaku sepertinya terselit rasa keraguan dalam hatinya terhadapku.
"Sebenarnya, saya ada tanya mereka kalau mereka ada temu janji dengan Tuan Nick. Kemudian Tuan Nick muncul dan mereka bercakap-cakap. Saya yakin mereka client Tuan Nick. "Tipu ku dengan yakin.
"Mereka bercakap tentang apa? Kerja atau hal-hal yang lain? "Soalnya lagi.
"Tentang kerja, Dato. "Balasku yang sudah rasa bersalah yang amat sangat.
"Are you sure? "Soalnya yang membuat aku semakin dihimpit perasaan bersalah. Aku mengangguk. Dato Daniel membalas dengan senyuman lega.
"Okay. I trust you. Terima kasih. Saya harap awak dapat jaga anak saya dengan baik. " pintanya masih dengan senyuman. Aku berusaha membalas dengan senyuman biarpun pahit.
Dato Daniel mempersilakan aku ke ruanganku untuk meneruskan kerja.
Semasa dalam perjalanan, aku terserempak pula dengan Tuan Nick Adrian yang sibuk meneliti fail-fail yang dipegangnya. Aku semakin memikirkan kata-kata Dato Daniel. Aku tak ingin mengecewakan kedua-duanya.
Apa yang aku dapat lakukan ialah hanya berdoa mengharapkan masalah ini tidak akan timbul pada keesokan hari.
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...