EPISOD 5

131 17 0
                                    

"Hmm! What do you want to say? "tanya Tuan Adrian dengan kasar. Aku hanya mampu diam membisu berdiri di sebelah Tuan Adrian.

"Adrian, I've fired Sarah just now. "kata Dato Daniel tenang sambil memerhati Tuan Adrian yang baru masuk.

"Ermm.. So? ".balas Tuan Adrian selamba sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

"So, daddy dah bagi jawatan tu kepada Eiva Jane untuk jadi PA baru kamu. "jawab Dato Daniel selamba.

"What?! This rube minah?! I'm fine kalau daddy pecat Sarah! Tapi Ian tak fine kalau daddy bagi dia jadi PA Ian! "bentak Tuan Adrian kasar sambil menjelingku dengan tajam.

"Eh? Kenapa juga? What is your problem? Ok apa. "kata Dato Daniel selamba sambil tersenyum sinis.

"Ok daddy kata? Kampungan macam ni satu peratus pun tak layak jadi PA Adrian. Dia ni patutnya bercucuk tanam di kampung. Daddy carilah PA yang cun, seksi, stylish gitu. Yang ini? Pakai baju mahal pun tak pernah! "hina Tuan Adrian. Tersentak aku mendengar hinaan yang dikatakan.

Naik darah aku dibuatnya. Namun, kutabahkan juga hati. Lagipun, aku teringat nasihat yang aku berikan kepada Sally tempoh hari.

Tak perlulah dengar sangat apa kata orang mengenai diri kita. Kita yang lebih tahu tentang diri sendiri.

So, buat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan je la. Kalau macamni lah perangai tuan aku ni, aku mesti sabar kalau jadi PA Tuan Adrian.

"Don't be rude to her! Kenapa juga kalau dia tak cun,tak seksi,tak stylish macam si Sarah tu? Tak juga kamu buat perbuatan terkutuk tu lagi. "sindir Dato Daniel dengan nada tegas.

"Whateverlah dad. Do whatever you want. I don't even care. By the way dad, thanks sebab fired si Sarah gedi tu. Dia yang terhegeh-hegeh nakkan Ian. Ian gunakan dia sebagai pemuas nafsu Ian je. Lepastu Ian akan buang dia macam tu je. Bye. "jelas Tuan Adrian dengan sinis lalu melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku dan Dato Daniel. Dato Daniel menggeleng kepala melihat kedegilan anaknya itu.

Baru aku tahu macamni pula perangai dia. Eish... Dasar lelaki buaya darat. Entah berapa dah perempuan dia dah buat macamtu. Mesti banyak perempuan yang terkejar-kejarkan dia ni sebab bukan saja dia ni handsome, kaya pula tu. So,aku perlu ada strategi supaya kerjasama yang aku buat dengan Dato Daniel tu berjaya. Aish.. Takut pula aku fikirkan esok. Macam manalah aku nak hadap muka Tuan Adrian? Hari-hari pulak tu.

"Eiva, kamu ok ke? "tanya Dato hairan melihat aku yang dari tadi tak senang berdiri. Kejap garu kepala, kejap garu tangan, kajap garu leher. Lama-lama takde tempat nak garu dah.

"Eh.. Sa.. Saya okey je Dato. "jawabku acuh tak acuh dengan senyuman tawar. Dato mengangguk.

"Erm.. So, esok kamu akan mula jadi PA Adrian. Nasihat saya, kalau ada masalah jangan malu-malu jumpa saya ok? Saya janji akan tolong kamu. Ok? "kata Dato dengan tenang sambil memicit-micit kepalanya. Aku mula saspen.

"Erk.. Dato ok ke? Dato sakit? Nak saya panggil setiausaha Dato? "soalku sedikit panik.

"No.. No.. Tak perlu. Saya cuma pening sedikit je."jawab Dato Daniel tenang. Aku tersenyum tawar. Dato menghela nafas seketika.

"You may go to your seat now. "arah Dato Daniel. Aku mengangguk lalu berlalu keluar dari bilik.

*****

"Damn you orang tua! Suka betul nak atur hidup aku! "bentak Nick Adrian sendiri sambil menumbuk meja. Rambut diusap ke belakang dengan kasar.

"Eiva Jane...Hmm. "katanya sambil ketawa kecil dengan sinis.

"Kau belum kenal aku ni siapa. Takpe.. Takpe.. Selepas ni aku akan kerjakan kau. Aku akan buat kau bukan sahaja turun jawatan dengan segera, tapi aku akan buat kau berhenti kerja. Barulah kau tau siapa sebenarnya aku. "ujar Nick Adrian sambil ketawa jahat.

*****

"Arianna! Kau tahu tak! Aku kena naik jawatan sebagai PA tau tak! "jeritku kepada Arianna, teman sebilikku, sambil memeluknya. Arianna yang baru sahaja sampai hairan melihatku sambil menepis kasar lenganku.

"Yeke? Tak tau pun. "katanya selamba tanpa perasaan. Aku menjelingnya tajam.

"Kau ni. Loyar buruk betul. Malaslah aku dengan kau ni. Tak nak kawan kau. "kataku pura-pura merajuk sambil berpeluk tubuh.

"Alolo.. Majok pula dia ye... Dah dah.. Takyah majok-majok. Buang tebiat betul kawan sorang ni. "jawabnya sambil menampar bahuku sedikit kuat.

"Oi! Sakitlah! Kau ni! Bukannya nak pujuk. Betul-betul aku tak kawan karang baru kau tau. "kataku dengan wajah cemerut sambil menggosok bahuku yang sedikit pedih akibat tamparan Arianna.

"Kau pun tau kan,aku ni jenis yang tak pandai pujuk. Kalau kau nak sangat merajuk, merajuklah kau. Aku nak tengok sejauh mana kau merajuk dengan aku. " sindir Arianna dengan senyuman senget.

"Taulah aku ni tak pandai berlakon merajuk. Ye lah. Akulah yang kalah. "kataku dengan malas.

"Tau tak pe. "balas Arianna sambil tersenyum sinis.

"Esok aku belanja kau lunch. Aku nak call mami dan dadi aku jap. " ujarku dengan perasaan teruja.

"Ermm.. Yelah.. "jawab Arianna sambil berlalu ke bilik mandi. Aku mula mendail umi.

"Hai mi. Apa khabar Mami? Dadi dah balik? "

"Hai Eiva. Mami sihat. Kejap lagi Dadi kamu tu baliklah. Kamu ok ke? "

"Eiva ok je. Ni Eiva nak bagitau. Eiva dinaikan pangkat! "

"Ye ke? Syukur! Jadi apa? "

"Eiva sekarang dah jadi personal assistant tuan Eiva. "

"Baguslah. Tapi hati-hati ye sebab, yelah. Kamu pun tahu kan kerja tu macam mana. Kamu perlu ikut tuan kamu ke mana-mana. Bahaya tu kalau tuan kamu jenis yang nakal. Fahamkan cakap Mami? "

"Eiva faham mi. Eiva pun risau juga sikit tapi bos besar cakap dia akan bantu kalau Eiva ada masalah. So, ok sikit la. "

"Hmm.. Apapun, hati-hati bila jalankan tugas tu ye. Lakukan amanah tu dengan jujur. Ingat pesan Mami ye? "

"Ye mi. Eiva akan ingat selalu. Mami buat apa sekarang? "

"Mami tengah tengok drama Suamiku Encik Sotong. "

"Klah Mami. Tengoklah si sotong tu puas-puas. Kirim salam untuk Dadi ye. Eiva pergi dulu ye mami. Bye. "

"Ehh budak ni. Sempat lagi dia kutuk si sape nama dia tu. Mami dah lupa. Hmm.. Yelah. Bai. "

"Bai! "

Usah PergiWhere stories live. Discover now