Tok! Tok! Tok!
"Eiva? Bangunlah nak. Matahari dah terpacak tinggi masih tak bangun-bangun kamu ni. Kata nak cari bakal suami tapi bangun pun jam berapa dah ni. Bangunlah cepat. Ni si Sally datang. Cepat bangun! "arah Mami.
"Ye ye. Bangunlah ni. "kataku yang masih mamai. Aku mengelap muka menggunakan tuala kering. Aku terus keluar dari bilik untuk bertemu dengan Sally.
"Sally! I mish you so so much! "teriakku sambil memeluk Sally.
"I mish you too bep!"teriak Sally sambil membalas pelukan. Suaranya yang agak garau dibuat-buat lembut.
"Kau memang tak berubah la! "ujarku sambil meleraikan pelukan.
"Eh! Kau ni dah berus gigi ke belom? Baunya! Ya ampunnn! "marahnya selepas melepaskan pelukan secara tiba-tiba. Aku tersengih-sengih bagai kerang busuk.
"Hah! Tersengih-sengih! Kau pergi masuk bilik mandi sekarang! Cepat! "marah Sally. Aku dah biasa kena marah dengan dia ni.
"Yelah. Tunggu ye. "jawabku sambil berlalu ke bilik mandi.
*****
Aku duduk berhadapan dengan Sally sambil memerhatinya atas bawah.
"Hei! Kenapa tengok aku macam tu? "sentap Sally. Mungkin sedar yang aku perhatikan dia.
"Kau masih tak berubah la Sal. Aku nak tanya ni. Bra yang kau pakai tu dah berisi ke? "sindirku sambil ketawa kecil. Sally hanya menjeling tajam.
"Manade la. Aku dah buat operation la masukkan silikon dalam ni. Dah berisi la sekarang. Eh mulut kau ni macam aku nak cili je. Suka sangat kutuk aku. Tau la aku ni dua alam. " kata Sally seperti berjauh hati. Sedikit sebanyak perasaan bersalah menyelubungi hatiku.
"Aloh. Sorry. Tak sengaja tercakap. Merajuk ke? "pujukku. Menyesal aku cakap macam tu. Sally tersenyum senget.
"Yelah. Aku maafkan. Lagipun bukan aku tak biasa dengan mulut kau ni. Dulu pun selalu juga kan. "perli Sally. Secara automatik aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Aku mendiamkan diri.
"Meh sini. Kau ni. Terasa pula. Aku dah maafkan kau la. "katanya sambil menghulurkan tanya meminta aku memeluknya. Aku pun apa lagi. Aku peluk la dia ketat-ketat.
Aku dan Sally dah berkawan rapat macam adik beradik sejak beberapa tahun yang lalu. Aku suka berkawan dengan orang yang jenis Sally ni walaupun dua alam. Maksudnya macam Nur Sajat tu la. Orang-orang yang macam tu la yang ada disamping kau bila kau dalam kesusahan. Mereka tabah walaupun kata-kata nista dibaling pada mereka. Memang banyak yang aku pelajari daripada kisah Sally ni.
"Eh. Mengelamun pula dia ni. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Ish"marah Sally. Aku menggeleng perlahan. Sally memuncungkan bibirnya.
"Kau ni kan. Aku bercakap macam orang gila dah,kau syok-syok mengelamun. Fikirkan siapa tu?"tanya Sally curiga.
"Manada aku fikir apa-apa. Aku rindu kau gila siot! Hehe.. Apa yang kau cakap tadi? "soalku menukar topik. Sally hanya memandang tajam. Aku buat-buat tak sedar.
"Aku kata, malam ni kau tidur kat rumah aku. Aku takde kawan. Mama papa aku outstation seminggu. "pinta Sally dengan penuh harapan. Dia mula membuat muka seposen.
"Aku tanya dulu Mami dan Dadi. Mama papa kau sejak bila lagi outstation? " tanyaku.
"Dua hari yang lalu." jawab Sally sambil menghirup jus yang ibu hidangkan. Aku sekadar mengangguk.
"K lah. Aku nak gerak dah ni. "ujar Sally sambil berdiri.
"Eh? Awalnya. Nak gi mana? "soalku.
"Aku nak gi hospital. Ada apoinment dengan doktor. Jan lupa malam nanti jam 7 gitu la ye. Bye. Mami, Sally jalan dulu! "kata Sally sambil berlalu ke muka pintu. Aku mengangguk.
*****
"Mami, malam nanti Eiva tidur di rumah Sally ok? " soalku.
"Kenapa pula? " balas Mami dengan soalan.
"Mama papa dia OT seminggu katanya. Dia lonely gitu. Boleh la. " pujukku dengan nada manja.
"Boleh. Nasib baik dia dah tukar jantina. Kalau tak haram tau tak. "tegur Mami. Aku mengangguk.
*****
Tok! Tok! Tok!
Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan kelibat Sally di depan pintu. Dia hanya memakai singlet ketat dan seluar mini. Sesuai sangat dengan Sally yang tak seberapa tinggi ni.Sally mempersilakan aku masuk ke dalam banglo 2 tingkat milik ibu bapanya.
Rumahnya tak banyak berubah. Yang berubah hanyalah susunan perabot dan hiasan-hiasan yang mewah. Biasalah Sally ni anak pengusaha. Hidupnya senang. Aku ni sederhana je.
"Kau sorang je yang tinggal? Saiful dan Suraya mana? "tanyaku sambil mendaratkan punggung di atas sofa empuk.
"Ada kat atas. Tau la sekarang ni dah jadi youtuber. Hari-hari menghadap komputer. Ish. Entahlah dorang tu. Kau dah makan ke belum ni? "tanya Sally.
"Makan sikit je tadi. Tapi seriously dorang dah jadi youtuber? Bagusnya. Syoklah dorang. "soalku dengan penuh teruja.
"Meh la makan. Aku pun belum makan lagi ni. Aku tunggu kau. Kita makan sama-sama. "kata Sally sambil tersenyum.
"Ipul! Su! Meh makan!"jerit Sally memanggil adik-adiknya. Kedengaran larian kecil menuruni tangga.
"Eh kak Eiva. Bila sampai? Sorry tadi kitorang sibuk sikit. "sapa Ipul a.k.a Saiful. Suraya hanya melambai. Aku balas lambaian.
"Baru je akak sampai. Meh makan sama-sama. "ujarku.
Makanan yang terhidang kelihatan sedap. Bagusnya jadi orang yang berada ni. Hari-hari dapat makan makanan yang sedap-sedap. Hehe.
*****
Setelah usai membersihkan diri, kami bersama-sama bergerak ke bilik Sally.
Sebaik sahaja pintu dibuka, aku kaku melihat bilik Sally. Semuanya moden dowh. Campuran warna hitam dengan warna pink memang cantik. Sukar dibayangkan.
"Eh yang kau terpacak kat situ kenapa? Masuk je la. Buat je macam bilik sendiri. Aku tak kisah pun. "perlawa Sally lembut.
Aku terus merebahkan badan di atas katil empuk Sally. Kemudian, aku duduk di atas kerusi berayun yang terletak di sudut berdekatan jendela.
Sally hairan melihat aku yang sakai ni."Ermm. Eiva. Aku nak tanya kau boleh?" soal Sally ragu-ragu.
"Napa pula tak boleh? Tanya je. " jawabku selamba sambil mataku tertumpu pada Sally.
"Kau tau, si Kevin still waiting for you? Dia masih sukakan kau tau tak?" kata Sally.
"Aku dah kata dengan dia, tak perlu tunggu aku sebab aku takkan suka pada dia. Napa tetiba je kau cerita pasal dia? Ni mesti ada apa-apa ni. " tekaku.
"Sebenarnya.... "
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...