"Eiva. Come to my room. "
Arah Dato Daniel.Ini mesti hal Nick. Macam mana aku nak jawab nanti kalau Dato Daniel tanya Nick pergi mana?
Aku tabahkan juga hati seraya berjalan menuju ke ruangannya.
Kelihatan dari luar, Dato Daniel meraup wajahnya. Apabila aku mengetuk pintu dan memasuki ruang itu, Dato Daniel menoleh ke arahku dengan matanya yang merah dan berair.
"Dato! Are you okay? Dato sakit? "Soalku panik setelah melihat keadaan Dato Daniel.
"Saya okey, tapi anak saya tak okey. "Jawabnya sedikit beremosi.
"M... Maksud Dato? "Tanyaku sedikit keliru.
"Nick! Dia koma! Anak saya koma! "Raung Dato Daniel kemudian berdiri membelakangiku dan mengahadap cermin.
Maksudnya memang betul khabar angin tu. Tapi kenapa tiada satu orangpun yang memberitahuku hal tu?"I'm so sorry Dato, sebab tak dapat menjalankan amanah Dato dengan sempurna. Saya tak jaga Nick dengan baik. Saya minta maaf, Dato. "Balasku meminta maaf. Beban-beban pada bahuku ditambah lagi dengan rasa bersalah.
"Ini bukan salah awak. Semua ni salah saya. Saya tak jaga dia dengan baik. Saya bukan seorang bapa yang baik. "Katanya menyalahkan dirinya dengan nada kecewa.
"Dato, jangan cakap begitu. Dato langsung tak bersalah. Dato dah berusaha didik dia. Mungkin dia terpaksa buat sesuatu yang kita tidak tahu. "Jelasku mengenai hal mafia untuk mencuba membuat Dato Daniel faham akan situasi itu secara tidak langsung. Dato menghela nafas berat.
Aku seperti dapat merasakan kesedihan yang Dato Daniel rasakan setelah mendengar khabar buruk mengenai Nick Adrian.
"Selepas habis kerja, saya akan pergi lawat Nick. Awak nak ikut? "Soal Dato. Aku segera mengangguk. Aku juga khuatir akan Nick namun tidak pasti didasarkan pada apa.
*****
Kami tiba di perkarangan hospital pada jam 6.30 petang dan terus ke kaunter hospital untuk mengetahui wad rawatan Nick.
"Pesakit bernama Nick Adrian ditempatkan di Zon A bilik pra-pembedahan 2-1."jawab pelayan kounter dengan lembut.
Setelah mengucapkan terima kasih, kami segera mencari wad yang berada dalam kawasan Zon A dan bilik yang bernombor 2-1.
Jumpa!
Kelihatan seorang doktor berbangsa India sedang keluar daripada wad Nick. Doktor tersebut sedar kehadiran kami.
"Adakah anda ayah kepada Nick Adrian? "Soalnya dengan senyuman.
"Ya tuan doktor. Macam mana keadaan anak saya? "Balas Dato Daniel dengan sedikit cemas.
"Untuk menjelaskannya, mari ikut saya ke meja saya. "Kata doktor itu kemudian berjalan mendahului kami dan memasuki sebuah bilik yang berada di barisan pertama.
"Nick Adrian sekarang ni koma kerana dia kehilangan banyak darah akibat peluru yang agak dalam pada bahagian dadanya. Operation belum dibuat kerana bekalan darah tidak mencukupi. So, sekarang ini kami sedang menunggu kakitangan hospital untuk mengambil stok darah di Hospital Besar. Mereka akan tiba dalam kurang daripada 20 minit."jelas doktor sambil memandang wajah kami secara bergilir-gilir.
"Tolong selamatkan anak saya, doktor. "Pinta Dato Daniel.
"Sebenarnya, keadaan dia sekarang drop sedikit tapi saya yakin dia pasti akan baik-baik sahaja selepas menerima darah. Kami akan lakukan yang termampu kami. "Balas doktor itu untuk menenangkan Dato Daniel.
"Boleh saya derma darah saya doktor? "Soal Dato Daniel masih dengan nada yang sama.
"Boleh asalkan golongan darah anda dengan Nick Adrian adalah sama. Apa golongan darah anda? "Jawab doktor itu.
"Jenis A. "Balas Dato Daniel. Doktor itu menggeleng kepalanya sedikit.
"Maaf. Jenis darah Nick Adrian ialah B. Anda tidak boleh melakukan transfusi darah. "Katanya. Dato Daniel yang tadinya duduk tegak, tersandar pada kerusi.
"Saya mahu derma darah saya, doktor. Darah saya jenis B. "Kataku dengan yakin walaupun aku sebenarnya boleh dikatakan histeria pada jarum. Aku sendiri tak sedar apa yang aku katakan. Namun, dengan pertolongan yang tak seberapa ini, semoga Nick Adrian selamat.
"Baiklah. Sebelum itu, saya akan tanya beberapa soalan. "Balas doktor itu lalu mengambil sehelai borang daripada lacinya kemudian menulis sesuatu ke atas borang itu.
"Adakah anda menghidap sebarang penyakit seperti anemia, luekimia, talasemia, hemofilia atau selain daripada itu? "Soal doktor itu sambil melihat borang.
"Tak. ""Adakah anda pembawa sebarang penyakit seperti yang saya sebut tadi? "Soalnya lagi.
"Tak. "
"Baiklah. Saya akan bawa anda ke bilik untuk mengambil darah. "Ujar doktor itu setelah selesai menulis. Doktor itu berdiri lalu berjalan keluar dan sekali lagi memasuki sebuah bilik yang berhampiran.
Pengambilan darah kira-kira dalam satu atau dua minit. Setelah itu, aku mengambil tempat berhampiran Dato Daniel yang sedang duduk termenung di luar wad Nick Adrian.
"Terima kasih sebab awak sanggup membuat pengorbanan besar demi anak saya. "Ujar Dato Daniel terharu. Aku hanya tersenyum hambar mengiakannya.
Daripada ekoran mata, aku ternampak seseorang yang mirip dengan Eric. Tetapi terdapat dua batang tongkat sedang dipegangnya untuk membantunya berjalan. Kaki kirinya dibalut.
Aku meminta izin Dato Daniel untuk berlalu sekejap. Nasib baik Dato Daniel tidak berkata banyak.
Aku terus mengejar orang itu sehingga tiba di satu selekoh. Disana, barulah aku dapat melihat orang itu dengan jelas.
Tidak dinafikan lagi, orang itu sesungguhnya ialah Eric.
"Eric?! What happened to you?! "Soalku risau melihat keadaannya. Eric tersenyum melihat aku lalu mencapai tanganku.
"Hey Eiva. Thanks for not giving up neither on Nick or me. "
YOU ARE READING
Usah Pergi
RomanceEiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan...