EPISOD 32

88 10 8
                                    

"Hey Arianna. Sorry malam ni aku tak balik. Aku mesti teman bos aku kat hospital.. So sorry 😅 anyway,tell me if anything happen." Butang send kutekan. Aku tahu Arianna sedikit berjauh hati sebab dia dah baca tapi tak beri apa-apa balasan. Malam tu pun kitorang tak borak sangat seperti selalu.

Seperti hari sebelumnya, aku melawat Nick lagi. Semasa mendekati pintu wad Nick, aku dapat dengar suara perempuan dan aku cam suara tu.

Dahlah pagi tadi kitorang gaduh. Nak gaduh sekali lagi? Aku terus menolak daun pintu.

Sarah berada di atas Nick dan butang baju pesakit yang dipakai Nick sudah ditanggalkan. Dia hanya memberikan senyuman sinis. Aku kini melihat Sarah seperti seekor binatang yang tiada sifat keperimanusiaan.

"What on earth you are doing?! "Kataku berang kemudian menolak Sarah lalu dia terbaring di atas lantai hospital. Sarah mengerang kesakitan sambil memaki hamun aku.

Aku segera membutangkan kembali baju Nick dan aku dapat rasa badan Nick sejuk kerana suhu penghawa dingin mencecah 16°C. Aku juga meningkatkan suhu kepada 22°C.

Tanpa aku sedar, Sarah sudah berada dibelakangku dengan pasu bunga yang keras pada genggamannya. Tanpa sempat berbuat apa-apa, hanya satu hayunan yang kuat dari Sarah membuat penglihatanku gelap serta-merta.

*****

Aku sedang berdiri menghadap sebatang sungai sambil menggenggam erat tangan Nick. Nick tersenyum hiba dan masih terdapat kesan luka pada wajahnya.

Aku terdengar satu suara yang sedang memanggil aku lalu aku menoleh. Aku lihat seorang lelaki sedang tersenyum.

Satu nama terlintas dalam fikiranku. "Andy". Seorang lelaki yang sangat aku rindui pada suatu ketika dahulu, yang pernah menghilang tanpa sebarang alasan.

Dia menghulurkan tangannya dan tanpa berfikir panjang ,aku terus melepaskan genggamanku dengan Nick kemudian mengambut huluran tangan lelaki itu.

Sebelum Nick menghilang, dia sempat melambai kearahku masih dengan senyuman hiba. Bayangan Andy juga menghilang. Kemudian semuanya menjadi gelap.

Aku cuba menggapai sesuatu. Dapat! Aku tak tahu apa, namun aku memeluknya erat.
"Errk.. Eiva? Are you okay? "Kata satu suara dengan cemas.

Aku segera membuka mata. Aku berada di atas sofa dan kelihatan Eric sedang memandangku. Aku memandang sekeliling. Nick masih terlantar di atas katil. Namun hampa, Andy cuma bayangan dalam mimpi. Aku mulai sebak.

Eric segera memelukku sambil mengusap lembut kepalaku dan mencuba untuk menenangkanku untuk seketika.

"What happened to you Eiva? Look, your head is bleeding. "Kata Eric sambil menunding kearah kesan darah di atas lantai. Aku mengeluh perlahan.

"Sarah came and we argued. She attacked me with vase. "Balasku dengan fikiran yang melayang-layang.

"Owh.. And can you tell me about Andy? " soal Eric lagi. Setiap kali nama itu disebut, hati aku seperti dicarik-cakir sehingga tiada yang tertinggal.

"Andy... Andy seorang punk rockstar dalam masa yang sama seorang douche model. " Jawabku ringkas sambil ketawa kecil mengingati saat Andy memberitahu hal itu kepadaku.

"Tak. Bukan itu yang saya nak tahu. Apa hubungan korang? "Soal Eric lagi seperti sedang menggali sebuah terowong yang menghala kearah sesuatu yang berharga.

"Hubungan kitorang? Friend? "Jawabku selamba.

"Seriously Eiva. "Kata Eric dengan sedikit tegas.

"Okay. He loved me and I loved him. Dia beri harapan yang tinggi tentang hubungan kami. Dia ke Greece kerana hal kerja. Saya setia menunggu dia 3 bulan. Dia kembali selepas 3 bulan. Dia kembali dengan gambar bersama seorang perempuan dan dia tipu saya tentang perempuan tu. Saya percaya dia. Beberapa waktu kemudian, saya sedar dia tipu saya dan dia beritahu segalanya dan minta maaf kemudian minta peluang kedua. Saya masih percaya dia dan berikan peluang kedua dan yang terakhir. Kurang dari sebulan, pada masa saya sepatutnya menjadi ahli kumpulannya dan pada masa dia sepatutnya jumpa saya di lapangan terbang keesokannya, dia tidak datang. Dia pergi tanpa alasan yang kukuh. Selepas tu, saya tak pernah jumpa dia. "Jelasku panjang lebar.

Aku kembali mengingati kesakitan yang telah lama terkubur dalam hati. Aku kembali mengingati seberapa sakit kesakitan itu. Aku tak dapat membendung kekecewaanku lagi dan kembali mengalirkan air mata.

"Thanks for telling me. How it makes you feel now? "Tanyanya lagi setelah tangisku sedikit reda.

Kalau aku ikutkan hati, aku tak mau hentikan kesakitan ini. Aku boleh menghabiskan masa berjam-jam demi perasaanku. Namun, Eric bukanlah orang yang tepat untuk melihat air mata kesakitan seorang perempuan lemah seperti aku.

"Kalau kita terbang tinggi, apabila kita jatuh pasti akan sangat sakit. Luka itu pasti akan sembuh tetapi bekas luka tidak akan hilang."jawabku dengan mata tembam sambil tersenyum tawar melihat lantai.

Eric hanya berdiam diri dengan jawapan yang aku berikan. Mungkin sedang menghadam fakta, realistic dan takdir yang aku pernah rasakan. Aku tidak tahu.

Bagiku, biarlah yang terkubur terus terkubur dan terus membalut luka pada hati sendiri.

Hai readers! Sorry sebab lama tak update.. Takde idea langsung 😥huhu
Harini baru datang idea author 😅
Fyi, cerita bab ni bukan sesuatu yang dibuat- buat. Author yang alami sendiri. Kalau tak ingat dia, author OK. Sekali nama dia terlintas dalam kepala hotak, tak dapat lupa dah. Kalau boleh nak meraung sepanjang malam 😅😂 cer komen siket kalau korang pernah alami sendiri.
Btw, ok tak bab ni? Bab ni penuh penghayatan niy.. Vote kalau suka Kay
😂😅😉🌹💐
Ohya! Kalau readers nak tau macamna Andy, klik je gambar atas Episod 32 tu.. Itulah Andy!

Usah PergiWhere stories live. Discover now